Jumaat, 24 Mei 2013

Yikebike

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Semoga sihat selalu adanya.

Tahukah anda apakah Yikebike??
Tak tahu.
Takpe, admin bgtau. Yike bike adalah sejenis basikal yang semakin terkenal dan bakal menjadi kegilaan di merata dunia.

 

Yikebike di Malaysia dah ada ke?
Sebenarnya jenis basikal nie dah di perkenalkan di luar negara. Namun di Malaysia ianya adalah masih baru dan dalam peringkat kelulusan untuk digunakan di Malaysia. Yikebike juga telah mendapat pengiktirafan dari  " The Guinness Book of Record: Smallest Lightness Fordable Electric Bicycle ". Sebuah basikal elektrik yang mempunyai rekaan yang moden, kecil, cantik, mempunyai ketahanan serta boleh dilipat yang menjadikannya mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja. Ia juga dilengkapi oleh ciri-ciri keselamatan dan mesra alam.

    



Spesifikasi Yikebike.
- Berat: 11.5 kg
- Boleh dilipat dan dipasang kurang daripada 15 saat
- Boleh mencapai kelajuan 23 km/jam
- Lampu LED, lampu belakang, lampu kecemasan
- Mesra alam
- 50 minit masa yang diambil untuk cas semula
- Menjimatkan 0.04 sen setiap kilometer

Jom tonton video dibawah



Perkara yang paling penting ialah sudah tentunya Yikebike adalah satu cara bagi mengurangkan pencemaran udara. :)


Tiada ulasan: