BEZA
DAN BANDINGKAN TEKS SEJARAH MELAYU, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA DAN TUHFAT
AL-NAFIS DARI SUDUT
KEPENGARANGAN, PENAUNGAN, DAN PENERAPAN IDEOLOGI. SEJAUHMANAKAH TEKS-TEKS INI MEMPUNYAI NILAI SEJARAH.
KEPENGARANGAN, PENAUNGAN, DAN PENERAPAN IDEOLOGI. SEJAUHMANAKAH TEKS-TEKS INI MEMPUNYAI NILAI SEJARAH.
Pendahuluan
Sejak
berzaman-zaman, manusia daripada pelbagai peradapan yang terbesar seperti
Islam, China, dan Eropah telah menghasilkan pelbagai penulisan yang daripada
sudut-sudut yang tertentu dapat dikira sebagai pensejarahan sama ada mengenai
zaman dan masyarakatnya ataupun mengenai peristiwa-peristiwa yang telah berlaku
sebelumnya.[1]
Mereka yang menghasilkan penulisan pensejarahan pula dikenali sebagai sejarawan
yang mana akan menghasilkan karya yang bersifat ekonomi. Seseorang sejarawan
akan berusaha menghasilkan satu-satu karya yang mampu meluahkan isi pendapatnya
atau yang digemarinya ataupun yang telah ditugaskan kepada mereka. Penulisan
sejarah Melayu bermula apabila sesuatu kejadian sejarah berlaku atau lebih
tepat lagi penulisan sejarah ini muncul setelah berlaku penghasilan
kesusasteraan Melayu.
Terdapat beberapa
teks kesusasteraan Melayu yang memaparkan ciri-ciri penulisan sejarah iaitu Sejarah
Melayu, hikayat Merong Mahawangsa dan Tuhfat Al-Nafis. Teks-teks ini hanya
dibezakan oleh perbezaan zaman penghasilannya yang dibataskan oleh corak
penulisannya. Walau bagaimanapun pokok
perbincangan utama bukanlah perbezaan zaman penghasilan karya-karya ini tetapi
lebih menumpukan kepada melihat perbezaan teks-teks tersebut dari sudut
kepengarangan, penaungan dan penerapan ideologi serta menilai sama ada
teks-teks tersebut mempunyai nilai-nilai sejarah ataupun teks sastera
semata-mata.
Perbezaan
dan perbandingan Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa dan Tuhfat
Al Nafis dari sudut kepengarangan.
Penghasilan setiap teks-teks kesusasteraan Melayu dari sudut kepengarangan adalah perkara yang menjadi perdebatan hangat para sejarawan hingga ke hari ini. Hal ini dapat dilihat dalam persoalan tentang siapakah yang telah menghasilkan karya agung Sejarah Melayu. Pengarangan teks Sejarah Melayu adalah menumpukan kepada sejarah asal usul kesultanan Melayu Melaka hingga zaman kejatuhannya. Tujuan lain Sejarah Melayu dikarang ialah untuk mengekalkan adat dan peraturan raja-raja Melayu. Maksud yang tepat ialah undang-undang, iaitu supaya peraturan raja dan adat istiadat mereka itu dapat dikekalkan dan diketahui oleh generasi akan yang kemudian.[2] Dikatakan bahawa karya agung Sejarah Melayu telah dihasilkan oleh Tun Sri Lanang pada 1612M. Walau bagaimanapun kebanyakan penulis gemar mempersoalkan apakah beliau sebenarnya pengarang Sulalatus Salatin ataupun tidak.[3] Menurut Muhammad Yusof bin Ibrahim dalam bukunya yang bertajuk Sejarawan dan Pensejarahan timbulnya Persoalan ini disebabkan setengah-setengah kumpulan naskhah teks Sejarah Melayu yang memuatkan nama Tun Sri Lanang manakala setengah-setengah pula tidak.[4] Berdasarkan susur galur keturunan Tun Sri Lanang adalah daripada keturunan Bendahara. Nama penuhnya Tun Muhammad, bergelar Bendahara, anak Orang Kaya Paduka, cucu Bendahara Seri Maharaja, dan cicit Bendahara Tun Nara Wangsa.[5] Berdasarkan keturunan Tun Sri Lanang ini jelas menunjukkan bahawa pengarang Sejarah Melayu berketurunan bangsawan atau pembesar Melayu menghasilkan karya itu sedikit sebanyak di samping ingin menyukakan hati pemerintah.
Dalam penghasilan
teks Hikayat Merong Mahawangsa dan teks Tuhfat Al-Nafis dari
sudut kepengarangan tidak banyak perbezaan berbanding Sejarah Melayu.
Hal ini dapat diperjelaskan berdasarkan kepada pengarang setiap teks tersebut
yang mana merupakan jurai keturunan pembesar ataupun bangsawan pada zaman
mereka. Tarikh teks ini dikarang tidak dapat dipastikan dengan tepat tetapi
banyak pendapat sejarawan yang mengatakan ia dikarang pada abad ke-18 sehingga
pertengahan abad ke-19.
Pendapat sejarawan
menyatakan bahawa Raja Ali Haji merupakan pengarang teks Tuhfat Al-Nafis. Raja
Ali Haji juga dikenali sebagai Engku Haji Tua, ialah cucu kepada Raja Haji,
iaitu pahlawan Melayu atau bugis yang terbilang yang telah dianggap telah mati al
syahid fi sabilillah ta’ala di Teluk Ketapang berhampiran dengan bandar
Melaka, pada tahun 1784, kerana berperang dengan Belanda yang menguasai Melaka.[6] Hal ini jelas menampakkan
persamaan dalam sudut kepengarangan antara Sejarah Melayu dan Tuhfat
Al- Nafis yang mana penulisnya adalah dari kalangan pembesar. Teks Tuhfat
Al- Nafis karangan Raja Ali Haji adalah sebuah teks yang dibahagikan kepada
dua bahagian. Secara amnya Ia terdiri daripada dua bahagian; yang pertama
mengandungi peristiwa-peristiwa sejarah atau legenda yang berlaku sebelum zaman
beliau, sedangkan yang kedua ialah mengenai kegiatan orang bugis sejak
kira-kira kurun ketujuh belas dan seterusnya peristiwa-peristiwa yang berlaku
semasa hayatnya sehinggalah kira-kira pertengahan tahun 1860-an iaitu apabila
penulisannya itu selesai diusahakan. Teks
Tuhfat Al-Nafis dalam bahasa arab yang
mana judulnya adalah bermaksud pemberian hadiah yang bernilai. Hal ini
menunjukkan bahawa tujuan teks ini ditulis dapat dihuraikan adalah sebagai
suatu peringatan dan penceritaan tentang sejarah asal keturunan bangsa-bangsa
alam Melayu terutamanya bangsa bugis yang didahulukan oleh Raja Ali Haji dalam
penulisannya.
Malah sebagai
buktinya telah dijelaskan oleh Muhammad Yusof bin Ibrahim dalam bukunya yang
menyatakan bahawa R.O Winstedt menganggap karya ini sebagai karya pensejarahan
yang terpenting selepas Sejarah Melayu yang telah diperbaiki oleh Tun Sri
Lanang pada tahun 1612 itu. Karya ini
juga boleh dianggap karya yang terbesar
Raja Ali Haji jika dibandingkan dengan karya-karyanya yang lain. [7]
Dalam penulisan
pensejarahan tradisional Hikayat Merong Mahawangsa bagi sudut kepengarangan
pula adalah hasil daripada salinan yang dibuat oleh Siti Hawa Hj. Salleh yang
mana tidak pula diketahui tentang tarikh sebenar ia dikarang. Dipercayai
dikarang pada abad ke-17 atau akhir abad ke-18.
Sejarah pembukaan negeri Kedah menjadi antara bahan utama dalam struktur penulisan karya tradisional ini. Kita boleh melihat dengan jelas betapa sejarawan Melayu ketika itu merakamkan kronologi pembukaan Kedah dalam bentuk prosa yang diselitkan dengan unsur-unsur mitos. Hikayat ini menceritakan pembukaan negeri Kedah dengan mengatakan bahawa Raja Merong Mahawangsa dari negeri Rom telah membuka Langkasuka selepas serangan burung garuda yang kemudiannya dikenali sebagai negeri Kedah.
“Setelah
sudah balai itu maka dinamai akan dia ‘Langkasuka’ kerana mengerjakan itu
dengan makan minum dan bersuka-sukaan…”[8]
Penulis turut menerapkan elemen mitos bagi menunjukkan kehebatan raja
yang mampu menjadi pemerintah kepada kaum gergasi yang merupakan penduduk asal
Langkasuka.
Perbezaan
dan perbandingan Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa dan Tuhfat
Al Nafis dari sudut penaungan.
Dalam penghasilan karya-karya tradisional yang melibatkan teks Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa dan Tuhfat Al-Nafis jelas mengandungi unsur penaungan atau penceritaan tentang kisah-kisah raja atau bangsa-bangsa dulu yang bertujuan untuk mengagungkan atau meningkatkan darjah salasilah atau keturunan.
Berdasarkan
penulisan teks Sejarah Melayu jelas memaparkan tujuan pengarangnya yang ingin
menyukakan atau ‘menyenangkan’ hati pemerintahnya. Adalah penulisan Tun Sri
Lanang adalah bagi “menyukakan hati Duli Hadrat Baginda” dan seterusnya
“baginda” sendiri mempunyai motif seperti mana yang lazim bagi penghasilan
karya-karya tradisi dalam beberapa peradapan yang lain.[9] Unsur penaungan yang terdapat dalam teks
tersebut sebenarnya adalah disebabkan oleh kehendak pemerintah pada masa
tersebut. Hal ini demikian kerana pengarang menghasilkan karya tidak diberikan
pilihan untuk menghasilkan karya yang ilmiah tetapi diarahkan bagi menulis
karya yang hanya ingin menyukakan hati rajanya sahaja.
Malah
sering kali terdapat penerapan unsur-unsur mitos atau tokok tambah dalam
penulisan istana seperti magis, dongeng dan lagenda. Hal ini sering terjadi
dalam penghasilan karya tradisional amnya dan dalam teks Sejarah Melayu,
Hikayat Merong Mahawangsa dan Tuhfat Al-Nafis khususnya.
Antaranya
adalah mengenai Sultan Muhammad Syah, atau Raja Kechil Besar, iaitu raja yang
mula-mula sekali telah menurunkan peraturan-peraturan dan tattertib diraja,
dikatakan sebagai “terlalu adil baginda pada memeliharakan segala manusia”. [10] “Sultan Alauddin Riayat Syah dianggap sebagai
terlalu perkasa, tiada berbagai-bagai pada zaman itu”. [11]
“Maka sembah segala kaum gergasi itu, ‘Patik sekalian pun lebih lagi kesukaan kerana patik sekalian ini tiada menaruh raja pada tempat ini.”[12]
Oleh itu jelas menunjukkan pengarang sentiasa menggunakan unsur-unsur
mitos atau dongeng tersebut dalam karya mereka. Perkara ini seperti tidak
dapat dielakkan oleh setiap penulis karya tradisional Melayu, malah keadaan
begini juga telah menyerap ke dalam teks sastera Tuhfat Al-Nafis.
Umpamanya, asal usul Raja Melayu itu dikesan juga kepada Raja Sri Teri
Buana, iaitu tokoh mitos yang “turun dari Bukit Seguntang...”. [13]
Begitu juga, asal usul Raja Bugis itu telah dilagendakan dengan
mengaitkan dengan Puteri Balqis, isteri Nabi Sulaiman a.s yang terkenal itu. [14]
Dalam karya ini menampakkan bahawa penulis ingin meningkatkan darjat
bangsanya iaitu bangsa bugis kerana beliau juga berdarah bugis. Nyata sekali
unsur-unsur ini kerap menjadi persoalan kerana ia sering dianggap sebagai unsur
atau “anasir luar” yang lemah dalam penghasilan sesebuah sastera serta secara
tidak langsung akan menjejaskan hasil karya sastera tersebut.
Perbezaan
dan perbandingan Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa dan Tuhfat
Al Nafis dari sudut penerapan ideologi.
Perkara yang terpenting dalam penghasilan sesebuah teks atau karya tradisional Melayu boleh dikatakan adalah penerapan ideologi. Sesuatu yang perlu diketahui tentang penerapan ideologi ialah perkara yang dilakukan oleh seseorang penulis iaitu corak dan tumpuan dalm karya bagi seseorang pengarang.
Ia melibatkan
pandangan yang kritis dari pengarang sama ada dinyatakan secara terang-terangan
dalam penulisan atau secara berkiasan. Penerapan ideologi juga boleh dianggap
sebagai sentrik yang belandaskan beberapa keadaan. Ertinya itu adalah centric
kepada nilai-nilai dan pegangan atau secara keseluruhannya kepada Zietgist
masyarakat tempatan. [15]
Jika diteliti dalam
penghasilan karya pensejarahan tradisonal Melayu iaitu dalam penulisan karya
Sejarah Melayu yang mana penulis telah memaparkan atau menerapkan unsur-unsur
atau konsep taat setia kepada raja dan negara. Oleh itu, bagi mencapai matlamat
tersebut, pengarang telah menyelitkan dan memaparkan cerita-cerita dan diayah
bahawa raja adalah pilihan tuhan untuk memerintah.
Dalam teks Hikayat Merong Mahawangsa pula konsep sentrik yang dimaksudkan turut melibatkan corak penulisan istana sentrik kerana melalui cara ini sultan dapat mengekalkan kekuasaan da kewibawaan mereka dan memupuk taat setia rakyat.
Penulis turut menerapkan elemen mitos bagi menunjukkan kehebatan raja yang mampu menjadi pemerintah kepada kaum gergasi yang merupakan penduduk asal Langkasuka.
“Maka sembah segala kaum gergasi itu, ‘Patik sekalian pun lebih lagi
kesukaan kerana patik sekalian ini tiada menaruh raja pada tempat ini.”[16]
Penerapan unsur-unsur ini bukan sahaja akan melahirkan keagungan dalam hati dan sanubari setiap rakyat malah dapat memupuk semangat taat setia tidak berbelah bagi rakyat kepada raja.
Orientalis Barat seperti R.O. Winstedt agak radikal penilaiannya terhadap
hikayat ini kerana dalam buku beliau yang berjudul A History of Classical Malay Literature berpendapat Hikayat Merong
Mahawangsa sebagai pseudo-history[17]
yang bermaksud “sejarah yang palsu”. Beliau juga menganggap hikayat ini sebagai
a farrago of folk-tales atau “satu
kumpulan cerita-cerita rakyat”.[18]
Dharmawijaya dalam bukunya menentang pandangan R.O. Winstedt ini dengan
mengatakan bahawa beliau tidak menggunakan disiplin-disiplin tertentu dalam
membuat penelitian, pengkajian dan penilaian sebuah hasil sastera sejarah
Melayu.[19]
Namun, jika kita meneliti hikayat ini, kita akan mendapati betapa sesungguhnya fakta sejarah yang diungkapkan dalam prosa ini mempunyai rasional dan kesahihannya. Boleh dikatakan bahawa segala unsur mitos yang digunakan hanyalah sekadar hiasan penulisan dengan motif untuk mengangkat kedudukan raja agar ditaati rakyat. Namun demikian, ramai sarjana dan para pemikir khususnya dari Barat cuba menolak kredibiliti hikayat ini selaku historiografi Melayu. Wan Syaifuddin mengatakan bahawa,
“ mereka ( orang Barat ) tidak rela atas keagungan sastra kita”.[20]
Kesimpulan.
Secara keseluruhannya, bahan-bahan sejarah dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa dan Tuhfat Al-Nafis ini mampu berdiri sendiri sebagai satu fakta sejarah. Namun, selaku individu yang mempelajari dan mengkaji sejarah, kita tidak boleh terus menilai sesuatu karya pensejarahan tradisional Melayu sebagai menepati kehendak penulisan sejarah hanya kerana terdapat unsur-unsur mitos, dongeng dan lagenda . Penelitian yang berterusan dan tepat perlu dilakukan terlebih dahulu. Hal ini perlu agar kita dapat mengenal pasti dan mentafsirkan kesahihan sesuatu bahan sejarah dengan tepat yang menepati ciri-ciri kajian ilmiah.
Sememangnya tidak dinafikan bahawa
hikayat ini amat penuh dengan unsur-unsur mitos, dongeng, supernatural, magis dan sebagainya. Namun, bagi individu yang
memahami istilah tersirat dan mempunyai pemikiran yang kritis, pasti mereka
akan menyedari betapa unik dan tingginya teknik serta pendekatan yang digunakan
oleh penulis Hikayat Merong Mahawangsa bagi menggambarkan sejarah Kedah dalam
hikayat tersebut.
Bukan sekadar itu sahaja, kita wajar
mengangkat martabat sastera sejarah melayu khususnya Hikayat Merong Mahawangsa
kerana penulisan seperti ini sebenarnya mendorong kita untuk mengimbas kembali
keunikan seni sastera melayu dari perspektif nasionalisme dan patriotisme
bangsa Melayu suatu ketika dahulu yang kini menjadi khazanah sejarah silam
negara.
Bibliografi.
Muhammad Yusuff bin ibrahim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988.
Siti Hawa
Haji Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa,
Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1991.
Wan Syaifuddin, Perspektif Tradisionalisme Melayu Esei-esei
Sastra Tradisi, Universitas Sumatera Utara
( USU PRESS ), 1999.
Zahrah Ibrahim, Sastera Sejarah
Intepretasi dan Penilaian, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1986.
Dharmawijaya,
Pemahaman dan Penghayatan Hikayat Merong
Mahawangsa, Citra Publishing Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi, 1991.
Nawawee
Muhammad, Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1992
[1] Muhammad
Yusuff bin ibrahim, Kesultanan Melayu
Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, Hal. 1.
[3]
Muhammad Yusuff bin ibrahim, Kesultanan
Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, Hal. 227.
[4]
Muhammad Yusuff bin ibrahim, Kesultanan
Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, Hal. 227 dan
228.
[6] Muhammad
Yusuff bin ibrahim, Kesultanan Melayu
Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, Hal. 246 & 247.
[7]
Muhammad Yusuff bin ibrahim, Kesultanan
Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, Hal. 249.
[8] Siti
Hawa Haji Salleh, Hikayat Merong
Mahawangsa, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1991, hal. 12.
[9]
Muhammad Yusuff bin ibrahim, Kesultanan
Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, Hal. 230.
[10]
Muhammad Yusuff bin ibrahim, Kesultanan
Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, Hal. 234.
[11]
Muhammad Yusuff bin ibrahim, Kesultanan
Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, Hal. 235.
[12] Siti
Hawa Haji Salleh, Hikayat Merong
Mahawangsa, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1991, hal. 12.
[13]
Muhammad Yusuff bin ibrahim, Kesultanan
Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, Hal. 260.
[14]
Muhammad Yusuff bin ibrahim, Kesultanan
Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, Hal. 261.
[15]
Muhammad Yusuff bin ibrahim, Kesultanan
Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, Hal. 233.
[16] Siti
Hawa Haji Salleh, Hikayat Merong
Mahawangsa, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1991, hal. 12.
[17]
Zahrah Ibrahim, Sastera Sejarah Intepretasi dan Penilaian, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1986, hal. 167.
[18]
Dharmawijaya, Pemahaman dan Penghayatan
Hikayat Merong Mahawangsa, Citra Publishing Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi,
1991, hal. 4.
[19]
Dharmawijaya, Pemahaman dan Penghayatan
Hikayat Merong Mahawangsa, Citra Publishing Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi,
1991, hal. 4.
[20] Wan
Syaifuddin, Perspektif Tradisionalisme Melayu Esei-esei Sastra Tradisi,
Universitas Sumatera Utara ( USU PRESS ), 1999, hal. 56.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan