Khamis, 23 Mei 2013

Tersenyum ke Tali Gantung

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Kebanyakkan negara menggunakan sistem hukuman gantung bagi kesalahan jenayah yang berat seperti membunuh, rompakan bersenjata, pembocoran maklumat negara dan sebagainya. Sudah pasti sesiapa yang akan dikenakan hukuman gantung tidak akan senang duduknya untuk menantikan ajalnya. Berbeza dengan seorang lelaki nie yang peliknya dia boleh tersenyum tatkala menanti tali gantung ke lehernya.

Lihat beberapa gambar di bawah



Tentu anda tertanya siapa lelaki yang dimaksugkan admin. Relaks je dia, tersenyum lagi tu.





Hossein Kavousifar iaitu tertuduh , seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh seorang hakim iaitu Hassan Moghaddas yang didakwa sebagai korup oleh tertuduh. Halim Hassan dikatakan korup kerana memenjarakan seorang wartawan terkenal iaitu Akbar Ganji selama 6 tahun. Ganji dipenjarakan kerana telah mengaitkan beberapa orang ahli politik dengan beberapa pembunuhan politikal dalam penulisannya. Hossein yang tidak berpuas hati telah menembak hakim Hassan dan menyatakan ianya perlu untuk membuang sistem korup bawaan hakim tersebut.





Walaupun berada di tali gantung, Hossein masih tetap dapat tersenyum dan melambai ke arah anak buahnya. Beliau dikenakan hukuman gantung sampai mati pada tarikh dan tempat yang sama beliau membunuh hakim Hassan.








Tiada ulasan: