Khamis, 23 Mei 2013

10 Fakta Tentang Bayi Ketika dalam Kandungan Ibu yang Perlu Diketahui

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Bayi??
Kita semua berasal dari janin ibu dan lahir senagai bayi.
Tahukah anda fakta tentang bayi?

Admin akan berkongsi 10 fakta yang menarik dan sebagai pengetahuan kepada kita semua tentang bayi. Engat kita semua adalah ciptaan Allah yang paling agung. Hargai hidup ini. :)




10 fakta tentang bayi yang perlu diketahui:

1) Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ia untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2) Bayi boleh menagis sejak di dalam perut lagi. Sekitar umur 3 bulan peti suara mula terbentuk dan bayi sudah mula menagis tetapi dalam diam. Admin berharap bakal-bakal ayah perlulah menjaga hati isteri mereka dengan baik, beri kasih sayang, jangan lukakan hati mereka kerana ibu dan kandungannya amat rapat jalinannya. :)

3) Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dengan tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kal hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehingga usianya 5 bulan.

4) Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasn. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5) Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi yang kuat. Ibu-ibu haruslah sentiasa menjauhi kawasan yang bising untuk kesejahteraan bayinya.

6) Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7) Seperti orang dewasa, bayi juga akan mengalami mimpi seawal usia 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8) Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosi bayi juga akan terganggu dan menyekat perkembangan mental bayi tersebut. Secara baiknya, ibu-ibu haruslah sentiasa menjaga emosi mereka, elakkan stress semasa mengandung ( bapa jgn lepas tgn lak..he2).. 

9) Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagai reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibunya.

10) Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hatti orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Patutlah bayi nie nampak comel je, bodohnya sesiapa yang membuang bayi. Hargai manusia yang bernama bayi.. :)

Tiada ulasan: