Rabu, 22 Mei 2013

[SADIS]- Rogol, Bunuh dan Kerat

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

valix


Daniel Stani-Reginald 21 tahun, dari Sindei di Australia, dituduh merogol dan membunuh jirannya,  Tosha Thakkar, 24.

Selepas merogol dan membunuh mangsa, daniel telah mengerat dan meletakkan bahagian anggota badan mangsa di dalam sebuah bagasi besar dan membuang beg tersebut dalam sebuah terusan tidak jauh dari rumah mangsa.

Polis mengesan dan menahan Daniel Stani-Reginald selepas  menemui beg tersebut yang tidak jauh dari rumahnya dan mendapati terdapat mayat perempuan didalam beg tersebut untuk disoal siasat.

Bukti-bukti ditemui apabila polis menggeledah komputer dan mendedahkan alamat yang terdapat dalam beg adalah berbeza dengan alamat mangsa, polis mengesan alamat tersebut dan menahan Daniel atas tuduhan rogol dan bunuh.

Sebagai pembalasan Daniel Stani-Reginald telah dijatuhi hukuman 45 tahun penjara.

Kesimpulannya, bagi admin pembunuhan ini adalah amat kejam dan sadis dan tidak seharusnya dilakukan oleh seorang yang bernama manusia. Disebabkan nafsu yang tak terkawal, padah yang menimpa. 

Tiada ulasan: