Sabtu, 13 April 2013

Penyakit Dunia




 Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua.....

Entry post kali ini admin nak cerita pasal penyakit-penyakit dalam dunia sekarang yang mana admin rasa semakin menjadi-jadi.. Rasanya ramai yang tahu tentang penyakit ini dan sudah tentu terdapat segelintir yang kurang tahu yea..he2.Penyakit nie dikenali sebagai Virus H1N1 dan amatlah merbahaya kepada manusia(akan diceritakan lebih detail selepas nie).bagi yang kurang mengetahuinya tak mengapa admin akan berkongsi kali ini dengan korang semua  melalui pembacaan admin dan sedikit ilmu yang admin ada akan aku cuba sedaya upaya terangkan secara ringkas je yea.. hendak bagi korang semua tahu je, yang dah tahu tak mengapa, kalu sudi letakkan komen korang berdasarkan pengetahuan korang semua.. :)


Penyakit H1N1 
  
  • Apakah H1N1 nie?


Istilah
Pada 25 Jun 2009, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan influenza A (H1N1) (1 % ) tidaklah berbahaya berbanding dengan wabak selesema burung (avian influenza) (60 %). Beliau menggesa media khususnya televisyen tidak menggunakan istilah selesema babi. Lagipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf istilah Influenza A (H1N1). Stesen RTM1 dan TV3 beralih semula menggunakan istilah mudah difahami iaitu 'selesema babi' dan memang berpunca daripada babi di Mexico, Australia dan Amerika Syarikat. Istilah 'selesema babi' bukan bertujuan menghina sesiapa.
Semua jenis virus tidak ada ubat . Virus ini tiada 'persenyawaan' sebaliknya berkembang melalui 'pemecahan satu kepada dua' apabila hinggap pada perumah seperti manusia. Industri ternakan babi bimbang saham dan jualan ternakan akan merosot jika istilah selesema babi digunakan.



Influenza A (H1N1) di Malaysia atau wabak selesema babi 2009 bermula pada Mei - Jun 2009. Sehingga 21 Jun 2009, terdapat 50 kes di Malaysia. Sampel klinikal dihantar untuk Ujian makmal di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.Sebelum ini Malaysia dikejutkan dengan kes Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah yang disebarkan daripada babi, demam Coxsackie dan penyakit SARS.Berikutan daripada wabak selesema babi yang berlaku di Mexico bermula pada Mei 2009, kerajaan Malaysia mula mengambil langkah kawalan untuk mencegah wabak ini daripada menular.



Kematian
Sehingga 2 Ogos 2009, 5 orang disahkan mati di Malaysia akibat selesema babi ini.
  1. 21 Julai 2009: Seorang pelajar lelaki tahun pertama warga Indonesia berusia 30 tahun dijangkiti Influenza A (H1N1) telah meninggal dunia.
  2. 24 Julai 2009 : seorang rakyat Indonesia (46 tahun) mati kerana degupan jantung tidak terkawal dan berkait dengan H1N1 .Dia mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.
  3. 27 Julai 2009: Wanita 20 tahun bekerja sebagai pembantu kedai di Melaka meninggal dunia di Hospital Melaka disebabkan oleh pneumonia teruk . Dia mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru.
  4. 31 Julai 2009 : Kanak-kanak perempuan (10 tahun) di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Bagan Serai, Perak.Mangsa sesak nafas, deman dengan suhu 39 darjah Celcius dan cyanosis.Tiba-tiba tidak sedar sebelum meninggal dunia 30 minit kemudian.Bedah siasat dilakukan di Hospital Alor Setar.
  5. 3 Ogos 2009 : Seorang ibu muda berusia 24 tahun meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1) meninggal dunia di Miri,Sarawak selepas dua minggu melahirkan anak sulungnya.









Jumaat, 12 April 2013

Isu-isu Alam Sekitar

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

            Akhir-akhir ini isu alam sekitar kerap menjadi perhatian dan membimbangkan semua penduduk di dunia kerana kesannya yang sudah mula dirasai seperti peningkatan suhu di dunia yang menyebabkan kematian banyak hidupan laut. Perkara ini juga lah antara sebab berlakunya kepupusan haiwan di entry nie  

        Isu ini sudah tentu membimbangkan semua pihak kerana kesan peningkatan suhu ini bakal menyebabkan berlaku ketidakseimbangan kepada alam sekitar dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan berlakunya pemanasan global dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan berlakunya pemanasan global dan kepupusan flora dan fauna. Berikut merupakan contoh-contoh isu kesan daripada pencemaran alam sekitar.


Terumbu Karang Malaysia Mula Mati (Kosmo, Julai 2010)


 
           Terumbu karang adalah karang yang terbentuk dari kalsium karbonat koloni kerang laut iaitu polip yang bersimbiosis dengan zooxanthellae iaitu sejenis organisma mikroskop. Terumbu karang penting sebagai sumber perikanan kerana banyak haiwan laut bergantung kepada terumbu karang untuk berlindung dan mendapatkan makanan. Namun begitu, terumbu karang dikatakan telah mula mati kesan daripada pemanasan global.  Isu ini baru sahaja digembar-gemburkan apabila terumbu karang yang menjadi tarikan pelancong di kebanyakan pulau di Malaysia mula mati. Sehubungan dengan itu, sidang akhbar dibuat bagi mengumumkan penutupan Sembilan pulau taman laut dan tiga pulau lain di Kedah, Terengganu dan Pahang bagi membendung masalah kelunturan terumbu karang yang semakin kriktikal.




Gempa Bumi



             Isu gempa bumi ini kerap berlaku kebelakangan ini di negara-negara luar. Walau kejadian ini berlaku kerana hukum alam, tetapi ia melibatkan banyak merosakkan alam sekitar pada dasarnya. Gempa bumi ialah pergerakan bumi secara mengejut hingga menyebabkan gegaran di permukaan bumi. Punca gempa bumi berlaku ialah apabila tenaga yang disimpan di dalam bumi seperti batu, tiba-tiba terlepas. Gempa bumi yang paling kuat pada dekad ini direkodkan pada 8.9 skala Richter di Aceh yang disertai dengan tsunami pada 26 Disember 2004.
 
Glasier Indonesia Diancam Bahaya
 
 
 
 

Kepupusan Flora dan Fauna


Noresah Baharom (2002) mentakrifkan Flora sebagai keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah pada sesuatu masa. Manakala Fauna pula bermaksud semua binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya.

Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan. Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahan air.

Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini, kita dapat lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilaporkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebabkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan semakin menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu di lautan juga semakin terancam. Menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu, kajian mereka menunjukkan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5,665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tinggal 2,247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali spesies penyu ini.

FAKTOR – FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN

Pencemaran

 Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik semakin pupus.

 Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh semakin pupus disebabkan pencemaran air terutamanya disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut.

 Beruang panda yang merupakan habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China semakin pupus disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

Pembukaan Tanah Baru

 Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah-tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh-tumbuhan.

Masalah pembalakan haram

 Pembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal.

 Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara.

 Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu lari dan mati. Seterusnya hakisan tanah juga akan berlaku.

Pembakaran Hutan

 Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera telah menyebabkan spesis-spesis yang berada di kawasan tersebut musnah dan terancam.

Pemburu Haram

 Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini.

 Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan binatang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.

 Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.

 Harimau Malaya merupakan satu spesis yang semakin terancam kerana pemburuan terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Peningkatan Suhu Dunia

 Faktor peningkatan suhu dunia ini juga merupakan punca utama kepupusan flora dan fauna di Malaysia.

 Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti ‘Dinasour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.

 Fenomena yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan sesetengah spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan terancam terutamanya haiwan dan tumbuhan yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

 Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan.

 Mengiktirafkan lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi, taman laut atau taman negara dengan keluasan yang mencukupi.

 Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA)1974 - Pembuangan sisa minyak ke laut didenda RM50,000.

 Mengetatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.

 Pemeliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.

 Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar. Contohnya usaha-usaha pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.

 Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan

 Peraduan menulis esei , puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )

KESIMPULAN

Kepupusan flora dan fauna ialah kemusnahan dan kepupusan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan semulajadi. Untuk mencegah kepupusan ini daripada terus berlaku, manusia memainkan peranan yang penting dalam menjayakan kegiatan ini. Selamatkanlah alam sekitar kita supaya generasi-generasi akan datang masih dapat menghayati keindahannya.

14 Antara Haiwan yang Telah Pupus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua

Hari ini admin nak share pula senarai haiwan yang telah pupus di dunia ini. Ada di antara haiwan ini pupus sebelum kelahiran kita lagi. So, menarik bila kita lihat haiwan yang tak pernah kita tengok kan.. Jom, tengok dan jom sokong aktiviti WWF :)

1. Tarpan.
Yang terakhir mati di Ukraina pada tahun 1876. Sejenis Haiwan pra-sejarah yang mengembara dari selatan Perancis dan Sepanyol ke arah Timur menuju Rusia. Maklumat lanjut di SINI.

Ehsan Google.


2. The BUbal Hartebeest.
Sejenis spesies antelop yang telah pupus pada tahun 1923 lagi. Pernah menjadi sumber makanan domestik di mesir dan juga digunakan dalam upacara korban. Dan keunikkannya terletak pada bentuk tanduknya yang berbeza. Yang terakhir dikatakan mati di zoo yang terletak di Paris dan adalah betina. Kepupusan akibat pemburuan haram secara drastik oleh orang Eropah.
Ehsan Google.
3. The Syrian Wild Ass
Yang terakhir mati di zoo Schonbrunn, Wina pada tahun 1928. Hidup di kawasan pergunungan, gurun antara Palestin dan Iraq. Pupus akibat kemusnahan habitat kerana Perang Dunia Pertama.
Ehsan Google.
4. The Tasmanian Tiger.
Yang terakhir mati pada tahun 1936 di Zoo Hobart, Tasmania.
Ehsan Google.
5. Harimau Caspian (Kaspia)
Sama ciri dengan harimau Siberia. Kali terakhir ditemui sekitar tahun 1950-an.
Ehsan Google.
6. Boa Round Island.
Habitatnya di Pantai Mauritius, Boa Round Island. Suka hidup di puncak lapisan tanah dari lereng gunung berapi.
ehsan google.
7. Kupu-kupu Alcon Biru Belanda.
Subspesies alcon biru. Pupus sekitar 1979 dan banyak ditemui di padang rumput Belanda.
ehsan google.
8. The Quagga.
Spesies kuda yang merupakan subspesies kuda belang. Yang terakhir hidup ditembak pada tahun 1970-an. Keunikkannya terletak pada corak kulitnya yang berbelang cuma di bahagian depan.
ehsan google.
9. The Javan Tiger.
Yang terakhir ditemui mati sekitar 1980-an. Pada abad ke-19, harimau ini boleh ditemui di seluruh jawa tapi sekitar tahun 1950-an cuma 25 ekor harimau jawa ditemui.
10. The Golden Toad.
Ditemui pada ketinggian Bukit Costa Rico. Ditemui kali terakhir pada tahun 1989 akibat pencemaran dan pemanasan global.
Ehsan google.
11. Zanzibar Leopard.
Merupakan spesies Harimau Kumbang. Dijumpai di kepulauan Zanzibar di Tanzania. Pupus sekitar tahun 1996.
ehsan google.
12. Pyrenean Ibex.
Ditemui di Sepanyol (?) dan dikatakan pupus sekitar tahun 2000. Berjaya diklon tetapi mati tidak lama kemudian.

ehsan google.
13. Po'ouli.
Dikenali sebagai blackfaced honeycreeper. Ditemui kali terakhir sekitar 2004 dan merupakan penghuni asli Maui, Hawaii. Pada tahun 1997, cuma 3 ekor Po'ouili yang masih hidup.
ehsan google.
14. Spix's Macaw.
Mempunyai bulu biru yang cantik. Tidak lagi ditemui di habitat luar, berjaya diselamatkan beberapa ekor dan ditempatkan di zoo. Dijangka akan pupus.
ehsan google.
15. Badak Hitam Afrika Barat.
Habitat mereka di Kamerun. Salah satu dari 4 subspesies badak. Dikatakan pupus sekitar tahun 2007.
ehsan google.
16. Madeiran Large White.
Rama-rama putih yang boleh ditemui di Hutan Laurisilva di Kepulauan Madeira, Portugal. Dikatakan pupus sekitar tahun 2007.
Ehsan Google.
Source: SINI, SINI, SINI, SINI dan banyak lagi~~

Enjoy!

Sekian~

Perkara yang orang hendak tahu tapi tidak tahu!!!...

hahaha.. jmpe lg saudara saudari sekalian yea..

       Moga2 sihat2 sejahtera semua..peace!!! ok kali nie admin nak cerita pasal perkara yang menarik pada korang semua.. mungkin banyak perkara yang sering bermain dalam fikiran kita semua kan, mungkn banyak yang kita tahu kan, walhal( penanda wacana beb,he2..)  belambak lagi benda yang korang tak tahu kan.. tak mengapa kali nie admin nak cerita sedikit sesuatu yang aku rasa dapat membuat korang berfikir dan tertarik.(xtau laa, kut admin je yg tertarik kut)....he3


Admin pun malas nak ulas banyak-banyak dah...

Tahukah korang semua!!!   tentu tak tahu kan,.. tak mengapa admin hendak bagitau la nie..he3

TAHUKAH ANDA???
         
 Ferret iaitu sejenis haiwan yang bersaiz kecil. kira-kira dalam 15 inci panjang. hayat paling lama haiwan comel ini boleh mencapai 9 tahun aje..(xpnjng sgtla umur hewan nie,..ish3..ok la tu kn ng saiz dia)).. diklasifikasikan dalam kategori mamalia dan korang yang suka tidur lama-lama memang boleh la bersaing dengan haiwan ini.hahaha..gurau je.. masa minimum 16 jam/sehari maksimum 20 jam..wau3..hebat2..malas sifat mereka juga dikaitkan dengan sifat lucu.. ok korang pernah mesti pernah layan cerita ICE AGE kan?? so dalam cerita itu terdapat watak haiwan ini..lucu kn..he3.. haiwan ini juga amat penyayang sifat mereka, suka bermain, meneroka demi elakkan kemurungan dalam sangkar.  kepad sesiapa yang memelihara haiwan ini, luangkan masa sedikit untuk mereka sekitar 2 hingga 3 jam saje masa bermain mereka ini. (continue....))

Sesi pengenalanku.


Asslamualaiikum kpd islamik n selamat sejahtera to other..( DALAM BENCI ADA SAYANG, DALAM SAYANG ELAKKAN BENCI..he2.. trademark nie)....Bermula suatu cerita dlm blog yang bernama onlywa nie :) , Salam Perkenalan kepada semua. Memulakan bicara bagi admin untuk memperkenalkan diri ini kepada bakal pembaca, pengunjung  blog admin nie, ok nie pasal pengenalan bloga dmin je. blog bru start kn bro, biasa la. he3

ringkasannya, blog admin nie hanya enjoy2 je.. fokus tu xdelah, penceritaan bebas, klau bleh xde la unsur2 xxx nie, mitak jauh yea..hehe


skrg nie penulis still student la.. duit poket ke je memanjang, awek xde pun, entah p mane la duit2 tu ..haha..


ok, pasal blog nie lak.. admin nie jenis santai je, kalau boleh post dlm blog admin nie nk santai je memanjang, under control la katakan..he2


semoga terhibur la korang2 semua..



hehe.. psiko kt awal2 nie..

Jgn tgk lama2 , nti pening bro.ha2

Nampak cm biasa je kn tpi leh jdi pitam jgak nie bg yg lemah smngat..(pendapat admin je)...haha

tu gambar je...

Nie nak bg feeling lak yea.. kasih syg nie anugerah yang esa, haiwan pun xterkecuali tau.. touching jgak la admin tgk video nie.. :)





Satu lagi video , hebat punya peng'edit' video nie punya kepala otak..penulis gelak gila la time tgknyeeee...he2



Ok nantikan entri post yg lebih menarik akan datang.. admin harap semua yg mengunjungi blog nie akan trhibur la seadannya..  :) :) :)

Wasalam.