Jumaat, 24 Mei 2013

Kami Bukan Along Kami Cuma Nak Tolong

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Along? 
Bukan anak sulong erk..he3
Kenal Tak ceti? Haaa, tu la along admin maksudkan.. 
Pernah tak korang pinjam duit ng along? Tak pernah tak payah pinjam la lau mampu nak bayar erk..he2
Tapi biasanya orang pinjam ng along nie bukan pe, sebabnya mudah, cepat dan ta banyak birokrasi. Tapi tu dulu erk, sikalang along pun educated bro. Nak bagi pinjam tengok dululah korang tu agak-agak leh bayar tak kat diorang lepas pinjam. Lau tak hye hye bye bye la..ha3


Kali nie admin nak cite kit pasal satu berita tentang "Along" nie. Sebenarnya selepas admin terbaca satu artikel dalam surat khabar tu. Pasal along nie. Bukan pasal along ugut, pukul ke tapi pasal Along yang sudi minta maaf kat bapa kepada pemimjamnya. Along yang nie berlesen erk( engat tu ).

Begini ceritanya. Seorang pemuda nie pinjam duit dengan along nie. Pastu tak mampu nak bayar. So, dengan selambanya ng takde akalnya dia nie suh along tu pergi mintak ng ayah dia pulak ( teruk punya anak.. :P )
Jadi, along nie pergi la nak mintak ng ayah kepada pemimjam tu. Ayah nie pun tak mampu nak bayar. Anaknya tu dah menghilang tak pulang rumah dah 4 tahun dah. Senang-senang je suh ayah dia lak bayar. ish3. Si ayah nie pergi la mengadu ng Biro Pengaduan Awam dan cerita pasal nie diterbitkan pada sidang media melalui Biro Pengaduan Awam nie.

Selepas sidang media diterbitkan maka pengurus sebuah syarikat wang berlesen menghubungi mangsa ( si ayah) dan meminta maaf serta menjelaskan bahawa beliau dan anak-anak buahnya tidak berniat menggangu mangsa serta keluarga tetapi anak mangsa yang menyuruh mereka meminta wang daripada mangsa.

Menurut mangsa " Mereka datang berjumpa saya (kelmarin) dan memberitahu mereka terpaksa menunggu di hadapan rumah mangsa  kerana mendapat maklumat anaknya berada disitu," Katanya mangsa di Pejabat Biro Pengaduan Awam semalam. 

Menurutnya, along terbabit mendakwa mereka melakukan perbuatan berkenaan kerana sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengutip hutang daripada peminjam. Malah menurutnya, anak-anak buah alaong terbabit diarahkan majikan mereka untuk mengutip hutang anaknya selepas anaknya cuba mengelak daripada membayar beberapa kali. Selain itu, Along terbabit mengaku bersalah dan memohon maaf kepada mangsa kerana mengugut keluarganya. 

Pengajarannya, kalau hendak meminjam mesti pandai lah membayar dan jangan letakkan kesalahan atau beban yang kita cari kepada orang lain tambah-tambah mak ayah kita. Kasihankan mereka, kalau tak boleh nak jaga mereka, janganlah pula menyusahkan mereka. 

Cerita nie hanya perkongsiaan dari admin supaya dijadikan pengajaran kepada kita semua termasuk admin sendiri. Semoga bermanfaat. :)

Tiada ulasan: