Khamis, 2 Mei 2013

[VIDEO] Pencarian maklumat dengan Google Image

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua.



Dunia semakin canggih, begitu juga dengan perisian pencarian engine terkemuka iaitu Google.
tahukah korang bahawa sekarang Google telah memperkenalkan satu pencarian maklumat melalui imej sahaja.

Korang hanya perlu upload imej yang korang kehendaki dan selepas itu engine pencarian Google akan bertindak secara automatik dalam mencari maklumat yang korang inginkan.

Disini disertakan juga video.


nak cuba tekan link nie
1 ) masuk laman web kat atas.
2 ) uploadkan gambar yang korang nak cari maklumat.
3) tunggu aje maklumat tu keluar.
p/s semakin lama semakin maju Google nie.. :-)


Herba Za’faran



Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua.

Biasanya dalam masakan kita dah kenal dengan rempah-ratus seperti kulit kayu manis (cinnamon), ketumbar (coriander), jintan manis (fennel), jintan putih (cumin), halba (fenugreek), buah pelaga (green cardamon), bunga lawang, biji sawi, lada hitam, lada putih dll…tapi rasanya tak ramai yang biasa dengar pasal Saffron ni…
 

Za’faran atau koma-koma adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.Ia berasal dari perkataan Arab, ‘Za’faran’ bermaksud kuning dan dalam bahasa melayu pula dikenali sebagai ‘Koma-Koma’. Sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi dan antara khazanah alam termahal di dunia. Terkenal sejak ribuan tahun dahulu dalam perubatan, wangian, pewarna dan perasa.

 

Sekuntum bunga Saffron hanya mengeluarkan 3 stigma merah dan proses pengutipan, pengasingan hinggalah kepada pembungkusan semuanya menggunakan tangan. Bayangkan lebih dari 150 ribu kuntum bunga diperlukan untuk  mendapatkan 1 kg Saffron kering. Sebab itulah ia antara herba yang paling mahal kan… tapi dalam masakan biasanya hanya digunakan sikit je  untuk mendapatkan warna kekuningan dalam masakan. Sesuai digunakan sebagai pewarna dan mewangikan Nasi Minyak, Nasi Bukhari, Nasi Beriani dll…..
Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setipa bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo!
Tetapi oleh kerana bau dan kuasa pewarnanya yang sangat kuat, hanya sedikit sahaja Za’faran yang diperlukan. Za’faran digunakan untuk warna kuning-kemerahannya yang terang dan juga kerana bau dan rasanya yang pekat dan kuat.

Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.

Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan:
Barangsiapa yang memakan za’faran da dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir




Koma-koma atau saffron digunakan untuk menambah aroma dan menyerikan warna pada masakan seperti nasi beriani. Di Morocco ia digunakan untuk masakan yang dipanggil Tagine.
Sebagai tanaman terapi, safron kaya dengan karbohidrat, minerals, mucilage serta vitamin B1 dan B2 (riboflavin dan tiamin), disamping banyak lagi bahan lain yang berkhasiat farmaseutikal. Struktur asas saintifik safron, crocin menghasilkan warna, picrocrocin menghasilkan citarasa dan safranal menghasilkan aroma.

 

Antara keistimewaannya, safron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing (renal colic), kesuburan, menambah selera makan untuk kanak-kanak dan ia turut digunakan sebagai perangsang tenaga batin dan penenang.

 

Safron adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Ia digunakan dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan. Masyarakat India terutamanya wanita menggunakan safron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah. Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan safron sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan safron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.

 



Safron juga sering dijadikan ramuan penting dalam masakan. Di dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan Malaysia, safron banyak digunakan di dalam nasi, teh, kopi, dan makanan pencuci mulut. Di dalam industri tenusum safron memberikan warna yang cantik kepada mentega dan keju serta digunakan dalam pembuatan aiskrim, jem dan ekstrak safron. Selain menaikkan aroma, ia juga memberikan kebaikan dari segi kesihatan.