Rabu, 22 Mei 2013

9 Rompakan Terbesar Di Dunia

Assalamualaiikun dan selamat sejahtera kepada semua

Pernah korang menjadi mangsa rompakan atau korang yang menjadi perompak..he3, gurau je. Admin sebenarnya ingin berkongsi dengan korang tentang 10 rompakan yang terbesar dalam dunia. Kadar rompakan adalah bernilai jutaan dollar dan melibatkan kumpulan-kumpulan yang terancang. Bacalah selanjutnya.




Senarai rompakan terbesar di dunia.

1) Great Train Robbery ( $ 74 Million ).




Rompakan ini berlaku pada Era 90-an iaitu pada tahun 1963. Dilakukan secara berkumpulan yang seramai 15 orang termasuk pemandunya. Kumpulan tersebut merancang untuk mencuri beg-beg yang berisi wang tunai. 120 beg penuh berisi wang tunai berjaya dilarikan. Namun, 13 orang daripada perompak nie telah berjaya ditangkap dan 2 orang lagi termasuk pemandunya tidak berjaya dikesan.

2) Kent Security Depot ( $92.5 Million )




Rompakan Ini juga merupakan salah satu siri rompakan yang dianggap sebagai jenayah profil tinggi. $92.5 juta wooo!!! ha3.. memang la banyak tu.  Rompakan ini juga merupakan satu rompakan wang tunai yang terbesar dalam sejarah British. Ia berlaku pada malam 21 Februari 2006 pada pukul 18:30 GMT sehingga awal pagi 22 Februari 2006. Beberapa orang diculik dan kumpulan perompak ini juga telah menyerang dan mencederakan keluarga pengurus dan mengikat 14 pekerja serta mencuri Not Bank dari peti besi.

3) Antwerp Diamond Center ( $100 Million ).



Kebanyakkan berlian yang belum siap dipotong akan dihantar ke Antwerp Diamond Center untuk disimpan. Seramai 4 orang perompak telah berjaya melakukan satu rompakan yang terancang dan telah berjaya mengosongkan 123 daripada 189 kotak berisi berlian. Rancangan rompakan ini telah diaturkan selama setahun dan menjadikan rompakan ini sangat sempurna sekali.

4) Harry Winston



Dikatakan bahawa 4 orang lelaki yang bersenjata telah memasukki sebuah kedai yang menjual berlian dan mencuri kesemua berlian tersebut. Pekerja kedai tersebut telah dipaksa untuk memasukkan kesemua berlian kedalam beg. Kerugian tidak dikenal pasti tetapi dianggarkan sekitar $30 Million.

5) Shiphol Airport Heist ( $118 Million ).



Pada permulaannya, perompak telah merampas KLM Lori Kargo untuk mendapatkan uniform pekerja. Ianya bagi memudahkan mereka untuk berkeliaran dan melicinkan rompakan. walaupun rompakan ini tidak dirancang dengan sempurna namun perompak telah berjaya melarikan hasil rompakan yang dirompak di Pusat Pengumpulan.

6) KnightBridge Security Deposit ( $ 60 Million ).



Pada 12 julai 1987, 2 orang yang diketuai oleh Valerio Viccei dan sahabatnya telah merompak KnightBridge , sebahagian dari Bandar Westminster di London, England. Pada permulaan rancangan rompakan mereka berdua berpura-pura untuk menyewa sebuah peti keselamatan. Namun, apabila pekerja di KnightBridge membuka peti keselamatan, kesempatan tersebut diambil oleh mereka berdua dengan mengacukan senjata kepada pekerja dan mengugut untuk menembak pekerja tersebut. Setelah ditangkap oleh polis dan dipenjarakan, Valerio telah menerbitkan sebuah buku tentang kejayaan beliau melarikan barangan mewah yang dirompak tersebut dan telah diterbitkan.

7) Baghdad Bank Robbery ( $282 Million ).



Pekerja bank melakukan pemeriksaan dan amat terkejut kerana mendapati kesemua wang tunai di dalam bank telah lenyap. Polis mengesyaki 3 orang pengawai keselamatan yang bertugas di bank tersebut yang melakukan rancangan rompakan tersebut.


8) City Bonds Robbery ( $292 Million ).


Seorang pekerja untuk Broker Sheppard yang bernama John Goddard telah dirompak oleh seorang perompak biasa ketika beliau sedang berjalan. Jon membawa sebuah Briefcase yang mengandungi bon yang bernilai $ 292 Million. Kejadian ini berlaku ketika John dalam perjalanan ke England Treasure Bills.


9) Boston Museum ( $300 Million ).


2 orang lelaki yang menyamar sebagai pengawai polis berjaya menyakinkan 2 orang pengawal keselamatan museum bahawa ada gangguan di bilik bawah tanah. Pengawai tersebut membenarkan penyamar polis tersebut untuk masuk dan memeriksa keadaan di dalam museum. Beberapa ketika selepas itu, barulah pengawal keselamatan tersebut menyedari akan penyamaran yang dilakukan hanya untuk merompak lukisan bernilai di dalam museum tersebut. Malangnya, tindakan yang dilakukan oleh perompak tersebut lebih cepat dan licin sehingga mereka berjaya menggari kedua-dua pengawal keselamatan dan melarikan sejumlah besar lukisan yang amat bernilai.











Tiada ulasan: