Selasa, 21 Mei 2013

AirAsia- Prosedur vs Budi Bicara

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua


AirAsia adalah sebuah syarikat penerbangan yang berpengkalan dinegara Malaysia semakin maju dan maju di negara kita mahupun di serata dunia. Syarikat ini mula dikenali dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat. Hal ini kerana syarikat ini adalah sebuah syarikat tambang murah yang pertama di negara kita.

Namun perkara yang admin hendak kongsikan disini bukan pasal sejarah penubuhan Syarikat penerbangan AirAsia tapi tentang satu kejadian yang mana telah mengejutkan rakyat Malaysia dan membawa kepada "tercalar" "tercemar" imej AirAsia nie. Kalau korang ada baca paper ke search dalam google secara tak sengaja ke and terjumpa pasal nie pasti korang tahu. kalau tak tahu tak mengapa, admin akan explain sedikit pasal nie.

Kejadian nie berlaku di luar negara iaitu negara Vietnam. Melibatkan seorang ibu iaitu Izan Suhaila Mohd ali, 36 dan anaknya Sofea Mohd Reza, 14 bulan. Si anak telah dijangkiti demam campak namun telah disahkan tentang kesihatan anaknya yang semakin pulih dan tidak akan mengjangkiti penumpang lain. Namun, disebabkan "PROSEDUR" syarikat AirAsia , terpaksualah kakitangan yang bertugas tu melarang ibu dan anaknya itu menaiki pesawat untuk pulang. Memang kasihan lah.

Cuba korang bayangkan nasib mangsa dan anaknya yang dilarang pulang ke tanah air disebabkan oleh sedikit masalah kesihatan. Memang la kalau membawa kesan yang teruk kepada penumpang lain , ianya perlu di ambil berat oleh mana-mana syarikat penerbangan kan, tapi kalau difikirkan dengan adanya "BUDI BICARA" yang baik dari semua staff dan penumpang mestilah Izan dan anaknya dapat pulang dengan selamat ke tanah air bersama penumpang lain kan. Demam campak je pun , bukan virus H1N1 ke.



Bagi admin lah, sebelum tu AirAsia jgnlah marah admin lak, admin hanya bagi pendapat je. Bukankah boleh dibuat satu pengumuman untuk mendapat persetujuan dari semua penumpang atau majoriti penumpang kan untuk membawa pulang Izan dan anaknya. Lagipun korang pun tahu kan rakyat Malaysia nie memang pemurah hati mereka kan, yea la, semasa Izan dan anaknya ditinggalkan ramai yang memberikan atau menghulurkan sedikit derma dalam bentuk wang ringgit , sama ada Melayu, Cina Mahupun India dan lain2 penumpang pada waktu kejadian tu. Itulah namanya "BUDI BICARA"

Namun syukurlah, Izan dan anaknya Sofea telah berjaya sampai ke tanah air dengan selamat melalui pertolongan dari kedutaan  Malaysia dan lain2 dan juga dibawa pulang menggunakan penerbangan MAS AIRLINE. Admin sebenarnya bukan nak kutuk ke nak mengajar sapa2, cuma memanglah sesetengah kes harus di atasi menggunakan "PROSEDUR" yang telah ditetapkan, namun dalam sesetengah kes juga perlunya "BUDI BICARA" untuk penyelesaiannya.

Apa-apapun semoga kejadian begini tidaklah akan berulang lagi pada masa akan datang. TINGKATKAN KUALITI JAUHI PERSEPSI DEKATI NILAI MURNI. Segala yang baik dari ALLAH dan segala yang buruk datang dari diriku sendiri. :)

Tiada ulasan: