Ahad, 28 April 2013

Apa itu Dakwat Kekal atau Dakwat Pilihanraya.



Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua.

Penulisan dalam blog perantau kali ini adalah berkenaan dakwat kekal atau lebih spesifik lagi penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya. Sudah pasti ramai yang sudah mengetahui apa yang dimaksudkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya dan semestinya juga ramai yang tidak mempunyai pengetahuan tentang.
Blog perantau telah tergerak hati dan naluri untuk menulis dan menerangkan serba sedikit tentang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya dengan sedikit pengetahuan yang ada melalui beberapa sumber yang boleh dipercayai.

Dakwat kekal@dakwat pilihanraya??

Dakwat pilihan raya atau dakwat kekal merujuk kepada dakwat atau pencelup separa-kekal yang ditanda pada (lazimnya) jari telunjuk pengundi semasa pilihan raya dengan tujuan mengelakkan penipuan pilihanraya seperti pengundian berganda. Ia digunakan secara meluas di negara dunia ketiga di mana dokumen pengenalan warganegara tidak terpiawai atau berinstitusi yang lalu menjadikan pengesahan identiti pengundi tidak diperlukan.

Dakwat kekal" (indelible ink) bererti "tidak dapat dihilangkan". Tanda dakwat kekal biasanya kalis air dan tahan selama beberapa hari, atau hampir seminggu.Tanda ini akan hilang apabil sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel kulit baru, oleh itu sebarang tanda pada kutikel dijamin hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Namiun begitu, sesetengah dakwat kekal memiliki jangka hayat simpanan yang pendek kerana pelarut yang digunakan cepat terpeluwap.

Penggunaan dakwat kekal dianggap tidak sempurna kerana ia boleh digunakan dalam penipuan pilihan raya dengan menanda penyokong parti lawan sebelum mereka berpeluang membuang undi. Selain itu, terdapat juga lapuran mengenai "dakwat kekal" boleh dicuci dengan peluntur daripada tangan pengundi.

Di Malaysia, dakwat kekal juga dikatakan mampu menghalang penyempurnaan wuduk bagi orang Islam yang memerlukan air wuduk rata ke seluruh bahagian tubuh yang dibasuh.Bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan selepas menguji dakwat terbabit memutuskan bahawa dakwat itu tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Hukum dakwat kekal berasaskan argentum nitrat adalah harus dan dibenarkan.

Semoga bermanfaat!!!

Tiada ulasan: