Assalamualaiikum dan selamat
sejahtera kepada semua.
Berjumpa kembali dalam entri kali ini. ok, entri kali ini penulis
blog Perantau ingin berkongsi sedikit tips-tips dalam menyediakan sebuah resume
yang baik. Seperti yang diketahui atau difahami bahawa Resume adalah setiap
butir-butir peribadi diri kita . terdapat beberapa sebab orang membuat resume
nie.
Ya, antara sebabnya ialah untuk memohon kerja, sambung belajar, memohon biasiswa dan macam2 la yang penulis fahami.
Contoh Resume
Kerja Kerajaan
Terdapat
banyak contoh resume kerja kerajaan mahupun kerja swasta di luar sana.
Di sini saya akan terangkan beberapa perkara yang perlu ada dalam resume anda.
Antara Contoh Perkara Penting Yang Perlu Ada
Dalam Resume Kerja Kerajaan …
1. Nama anda
2. Objektif kareer anda – apa yang anda ingin capai sekiranya anda diambil bekerja
3. Alamat, no telefon dan email anda.
4. Kelebihan anda – kekuatan atau kelebihan anda yang boleh membantu meningkatkan prestasi bakal organisasi anda.
5. Latar belakang akademik anda – pencapaian akademik anda bermula dari peringkat SPM sehingga peringkat tertinggi.
6. Pengalaman bekerja – tempat lama anda bekerja, berapa lama anda di sana, jawatan yang dipegang, pencapaian anda semasa memegang jawatan tersebut
7. Kemahiran komputer dan kemahiran bahasa anda
8. Rujukan – pihak yang boleh dijadikan rujukan untuk mengesahkan maklumat yang terdapat dalam resume anda.
Anda boleh tulis resume anda dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Bagi yang kurang fasih berbahasa Inggeris, saya syorkan anda menulis dalam bahasa Melayu. Sekiranya anda menulis dalam Bahasa Inggeris, anda akan ditanya lebih banyak dalam bahasa Inggeris semasa temuduga nanti.
Contoh Resume Kerja Kerajaan (Screen Shot)
Berikut
adalah “screen shot” contoh resume yang boleh anda gunakan (Sebaik-baiknya
elakkan dari menulis resume lebih dari 2 mukasurat) :
Contoh
Resume Kerja Kerajaan
Gambar
di atas menunjukkan contoh resume kerja kerajaan yang paling asas.
Lampirkan sekali gambar berukuran pasport bersama resume anda.
Jangan
malu-malu nak letak kelebihan atau pencapaian anda dalam resume. Tujuan anda
menulis resume adalah untuk “menjual” siapa anda kepada bakal majikan anda.
Jika anda dah jumpa kerja kerajaan kosong yang anda minat,
cepat-cepat isi borang dan tulis resume anda sebaik mungkin.
Kalau
anda tak tahu macam mana nak tulis resume, anda boleh gunakan contoh resume
kerja kerajaan di atas sebagai permulaan.
NOTA PENTING TENTANG RESUME KERJA
1-
Menulis resume yang baik hanyalah permulaan untuk anda dipanggil temuduga.
2-
Walaupun anda menulis resume yang baik tetapi jika anda tidak bersedia untuk
temuduga, anda pasti kecewa apabila calon lain diambil bekerja kerana berjaya
menjawab soalan temuduga dengan lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan