Madrid
– Penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo didakwa berlaku curang dengan teman
wanitanya yang juga seorang model, Irina Shayk selepas meniduri seorang model
Brazil yang digelar Miss BumBum.
Menurut
model terbabit, Andressa Urach, 27, penyerang Real Madrid itu telah menidurinya
selepas dia dikatakan teruja dengan wanita itu.
“Dia
amat teruja dengan punggung saya, malah menggelar saya sebagai `little
horse’,’’ kata Andressa.
Kedua-duanya
dikatakan bertemu di sebuah bilik hotel minggu lepas.
Pemain
bola sepak terkenal itu yang juga duta `Save the Children’ dikatakan telah
menghubungi Andressa selepas mendapat nombor telefon wanita itu daripada
seorang rakannya, bulan lepas.
Ronaldo
kemudiannya dikatakan telah berhubung dengan Andressa melalui skype.
“Saya
selalu membayangkan Cristiano sebagai lelaki paling menarik di dunia ini, dan
saya tidak sangka yang saya akan bersamanya,’’ katanya.
Dalam
pada itu, Ronaldo dalam twitternya memberitahu, dia hanya berada di hotel
berkenaan untuk ditemubual oleh wartawan sepanyol sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan