Assalamualaiikum dan selamat sejahtera
kepada semua.
Sungai Amazon merupakan tempat tinggal pelbagai macam haiwan yg
penampilannya sering kali begitu unik dan tidak dijumpai di kawasan dunia lain.
Misalnya
saja ikan arapaima raksasa, ikan kerabat arwana yg ukurannya boleh mencapai
beberapa meter. Namun,
wilayah Sungai Amazon juga menjadi tempat tinggal bagi haiwan-haiwan yg
terkenal berbahaya seperti piranha atau pari air tawar. Haiwan lain yg
dianggap berbahaya adalah ikan Candiru. Apa itu Candiru dan apa yg menyebabkan
ia disebut-sebut sebagai ikan yg berbahaya?
Ikan Candiru sebenarnya merupakan anggota dari ordo ikan lele (Siluriformes), namun saiz mereka jauh lebih kecil dari ikan lele kebanyakan. Yg terbesar diketahui hanya boleh tumbuh hingga sepanjang 15 cm, namun sebahagian besar daripada mereka berukuran kurang dari 5 cm. Tubuh mereka telus & mereka banyak menghabiskan masa di dasar air sehingga kewujudannya amat sukar diketahui. Mereka boleh dijumpai di Sungai Amazon & Orinoco, Amerika Selatan. Ada beberapa ikan yg disebut sebagai Candiru dan semuanya termasuk dalam famili Trichomycteridae, namun pembahasan akan difokuskan pada spesies Vandellia cirrhosa yg paling popular sebagai "ikan lele vampire" kerana kebiasaannya menghisap darah ikan lain.

Ikan
Candiru merupakan ikan parasit yg hidup dengan menghisap darah dari ikan lain. Dalam
keadaan biasa, mereka lebih banyak berenang lambat di dasar air. Namun,
begitu mereka mengesan kewujudan nitrogen di air (yg merupakan hasil respirasi
ikan), mereka bergerak dengan cepat ke arah sumber nitrogen tersebut. Begitu
mereka mendapati mangsanya, mereka langsung masuk ke dalam celah insangnya,
menggigit pembuluh aorta dalam insang ikan tersebut dengan giginya yg seperti
jarum, kemudian mula menghisap darahnya sambil menancapkan duri pada tutup
insang Candiru untuk berpegangan. Ikan
ini hanya memerlukan masa antara 30-145 saat untuk menghisap darah mangsanya
dan sesudah itu, ia segera menjatuhkan diri ke dasar sungai untuk mengelakkan
pemangsa ketika mencerna makanannya lebih lanjut.
Beberapa
ikan yg menjadi inang utama Candiru telah membangunkan cara-cara khusus untuk
menjangka serangan Candiru. Ikan
tambaqui (Colossoma macropomum) yg punya penampilan mirip ikan piranha namun
berukuran besar & hanya memakan biji-bijian sebagai contoh, mempunyai
caranya sendiri untuk mengusir Candiru. Begitu
tambaqui melihat atau merasakan bahawa Candiru akan memasuki insangnya, ia
segera menekan Candiru tersebut dengan tutup insangnya & memaksa Candiru
tersebut meninggalkan insang. Tambaqui
juga boleh menggunakan sirip dadanya untuk "menampar" Candiru kembali
ke air. Pilihan
terakhir yg paling berkesan tetapi juga agak membahayakan pelakunya adalah
tambaqui menutup rapat-rapat mulut & celah insangnya sehingga menghentikan
proses respirasi untuk sementara waktu. Dengan
cara ini, tidak ada kompaun nitrogen yg lepas keluar ke air & ikan Candiru
tidak mempunyai celah untuk memasuki insang korbannya.
Ikan
Candiru juga popular kerana ia diketahui menyerang manusia yg sedang mandi atau
pipis di sungai. Kaedah
lebih kurang sama dengan apa yg ia lakukan ketika menyerang ikan lain. Begitu
ada orang yg menyelam di dalam air, Candiru segera bergerak dengan sangat cepat
ke alat kelamin orang yg menyelam tersebut, lalu masuk ke dalamnya (ke uretra)
sehingga menyebabkan rasa sakit luar biasa pada orang yg sedang sial tersebut. Kalau sudah
begini, ikan itu harus cepat-cepat dikeluarkan. Penduduk
asli biasa menggunakan tanaman Jagua / jenipapo (Genipa americana) & epal
Buitach yg dimasukkan ke dalam saluran kelamin. Bila
lubang kelaminnya terlalu sempit, mereka akan mengolahnya menjadi ekstrak
terlebih dahulu. Mereka
percaya kombinasi kedua tanaman tersebut boleh membunuh & membubarkan tubuh
ikan yg ada di dalam alat kemaluan.
Pada zaman sekarang, ikan ini boleh dikeluarkan
dengan jalan operasi atau pembedahan.
Para ahli percaya Candiru tidak benar-benar mengincar alat kelamin manusia. Ia hanya tertarik pada nitrogen yg berasal dari urine yg dikeluarkan manusia sehingga salah menyangkanya sebagai insang ikan korbannya. Saintis juga percaya ikan ini kemungkinan besar tidak akan menyerang manusia yg sedang menyelam bila air seninya hanya murni mengandung air & tidak mengandungi urea atau bahan-bahan lain yg mengandungi nitrogen. Setakat ini satu-satunya usaha yang paling selamat untuk mengelakkan ikan ini adalah tidak melakukan aktiviti buang air atau membasuh diri di sungai-sungai tempatnya tinggal. Belakangan ini sedang dibangunkan usaha-usaha untuk membuat sungai itu tetap boleh dipakai namun selamat dari serangan ikan tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan