Selasa, 30 April 2013

Fakta Unik Tentang Lidah

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua.

Entri kali ini adalah sambungan daripada kisah Lidah sebelum nie, so sekarang admin akan memberikan sedikit fakta tentang lidah nie.

Tahukah kamu bahawa badan kita ini begitu banyak mempunyai keunikan
Ya, semua yang terjadi pada tubuh manusia diatur oleh sistem-sistem yang saling berkaitan dan berjalan dengan begitu unik.

Misalnya, fakta unik yang terjadi pada lidah. Sebagai deria merasa, lidah dapat mengecap pelbagai rasa makanan yang kita makan, kerana terdapat ransangan pengecap rasa di permukaan lidah yang disebut sebagai papila.


Jumlah papila pada anak kecil lebih banyak daripada orang dewasa. Oleh kerana itu, anak kecil sangat peka terhadap makanan yang terlalu manis dan masin. Hal ini menjelaskan mengapa anak kecil begitu susah hendak makan dan memilih makanan. So, kepada ibubapa sekalian, bersabar dengan karenah anak masing-masing yea.. he2. 

Tidak hanya lidah, pancaindera dan organ tubuh yang lain juga mempunyai fakta unik yang tak kurang menarik untuk diketahui. Bagi korang yang kagum dengan keunikan tubuh manusia, korang boleh membacanya dalam buku "Fakta Menakjubkan Tentang Tubuh Manusia" yang ditulis oleh Indah Retno Wardhani & Navita Kristi Astuti. sory la yea, buku nie tak ada dlm ebook, so , tak boleh la admin memberikan linknya.

Buku terbitan Cikal Aksara ini menjelaskan berbagai peristiwa yang terjadi di dalam tubuh manusia. Mulai dari bagaimana sistem tubuh bekerja, organ tubuh apa saja yang terlibat, gangguan apa saja yang sering terjadi, kenapa kita boleh ketawa, menangis, bersin, menguap, hingga merasa lapar.

Melalui buku ini kamu akan mendapatkan semua jawapan dari pertanyaan-pertanyaan itu. Tidak hanya itu, dengan ilustrasi yang menarik, pastinya membaca buku ini akan makin memahami diri mereka.


Tiada ulasan: