Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua.
Merokok merupakan suatu tabiat yang sudah biasa kita lihat setiap hari dan sudah menjadi suatu kebiasaan dalam kehidupan seseorang yang ketagih dengan merokok. Perbuatan atau tabiat merokok tidak dilarang dikebanyakkan kawasan tetapi terdapat juga kawasan yang melarang untuk menghisap rokok seperti di hospital, sekolah, masjid dan beberapa lagi kawasan yang menjadi tempat larangan merokok. Namun begitu, pada masa sekarang bukan hanya lelaki yang menghisap rokok tetapi terdapat sesetengah kaum wanita yang telah mula menghisap rokok.
Dalam agama Islam, merokok telah difatwakan sebagai haram.
Keterangan/Hujah:
1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan
kepada hujah-hujah berikut:
ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”
“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Merokok merupakan suatu tabiat yang sudah biasa kita lihat setiap hari dan sudah menjadi suatu kebiasaan dalam kehidupan seseorang yang ketagih dengan merokok. Perbuatan atau tabiat merokok tidak dilarang dikebanyakkan kawasan tetapi terdapat juga kawasan yang melarang untuk menghisap rokok seperti di hospital, sekolah, masjid dan beberapa lagi kawasan yang menjadi tempat larangan merokok. Namun begitu, pada masa sekarang bukan hanya lelaki yang menghisap rokok tetapi terdapat sesetengah kaum wanita yang telah mula menghisap rokok.
Dalam agama Islam, merokok telah difatwakan sebagai haram.
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari
Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram
dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
i. Rokok
mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah
membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan
pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah
menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan
tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di
tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di
seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung
dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari
merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis
kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut,
penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak
lagi.
iii. Pada masa
kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu
besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan
sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang
ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun;
30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus,
tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut.
Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah
membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan
dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20
billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam
al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm
iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang
dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah
jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian.
Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan
(apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’
sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas
memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan
sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah
swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah
swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi
mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang
buruk”.
c. Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas
dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan
al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul
Fiqh: درء المفاسد
مقدم على
جلب المصالح
yang bermaksud “ menolak kerosakan
adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm
dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan
bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini
ialah:
i. Membelanjakan
wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit,
walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.
ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa
negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang
amalan merokok.
Antaranya seperti
berikut:
a. Kerajaan Arab
Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya
adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’
semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram
kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul
Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi
fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada
kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada
kesihatan.
2. Hukum
pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok
kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara
jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum
pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur
ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak
yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah
Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan
di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh
Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah
Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:
“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”
“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok
ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga
meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara
oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan