Sabtu, 11 Mei 2013

[VIDEO]- Ustaz Azhar Idrus Diganggu Makluk Halus

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Makhluk halus sememngnya wujud. hal ini juga telah diperkatakan dalam Al-Quran. Namun pelbagai versi akan kita kedengari dalam pelbagai keadaan cerita tentang makhluk halus ini. Makhluk halus juga adalah makhluk ciptaan Allah swt. Ustaz Azhar Idrus juga pernah alami keadaan diganggu oleh makhluk halus. Ikuti cerita beliau yang berunsur jenaka ini.


[GAMBAR]- Rahsia Rukun Solat

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua




Rukun Solat dalam Islam

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Hari ini atau entri kali ini adalah berkenaan Rukun-Rukun yang perlu anda ketahui dalam Solat. Terdapat 3 kategori yang utama iaitu:

1. Rukun Qalbi- Hati
2. Rukun fi'li- Perbuatan anggota badan
3. Rukun qauli- Sebutan dan bacaan

Disini disenaraikan di dalam kotak tentang rukun dan kategori yang terlibat. Diharap bermanfaat kepada kita semua. :)

Cerita Menyayat Hati

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Berita yang sungguh menyayat hati ini adalah mengenai seorang budak perempuan yang dipercayai dirogol, ditemui mati di kawasan letak kereta di Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi di sini, malam kelmarin. Semakin hari semakin menjadi-jadi jenayah di Malaysia nie, tak tahu nak cakap apa lagi. Menurut ketua polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam di kawasan berkenaan jam 10.30 malam kelmarin. 

Foto

24 jam meninggal.
Siasatan awal mendapati mangsa telah ditemui 200 meter dari rumahnya, meninggal dunia kurang dari 24 jam ketika ditemui. Namun, tiada kecederaan lain pada badannya kecuali di  kemaluannya.2 suspek telah ditahan yang berasal dari Sabah bagi membantu siasatan. Mereka berumur dalam lingkungan 19 dan 24 tahun. 

Keluar bermain.
Ibu mangsa menyatakan anaknya hanya keluar bermain-main diluar rumah tetapi tidak dapat memasuki rumah kerana tiada kunci rumah dengannya. Kejadian ini amatlah sedih dan menyayat hati . Blog perantau berharap pihak yang bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuat. 

Apa Itu NUFFNANG??


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Entri hari ini adalah mengenai serba sedikit tentang NUFFNANG nak berkongsi dengan mereka yang tak tahu pasal NUFFNANG. Yang dah tahu tuh korang sudi-sudikan tambah kat komen .
Kenapa PERLUNYA dibuat entri ini? Sebab ramai yang tak tahu lagi. Ramai yang tak kenal NUFFNANG dan ramai yang tak pasti sama ada blogging ini boleh menjanakan pendapatan atau tidak.


Untuk pertanyaan apa itu NUFFNANGNUFFNANG adalah sebuah Syarikat Pengiklanan berasaskan blog dan pada masa yang sama ia juga merupakan sebuah Komuniti untuk blogger oleh blogger.Disamping membuat iklan melalui blog  NUFFNANG juga menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.

Pengiklan NUFFNANG  terdiri dari nama-nama besar dalam pasaran seperti Nokia, DiGi, Maxis, Sony, Nike, Nestle dan banyak lagi Syarikat-syarikat yang Gah di Malaysia. Disinilah bermula segalanya bagi seorang blogger bila para pengiklan akan mengiklankan barangan mereka melalui NUFFNANG dan medium Blogger akan digunakan.

Tak semestinya seseorang blogger itu mendapat imbuhan yang kencang kerana kalau inginkan pendapatan yang lumayan terdapat beberapa kriteria yang perlu dilihat dan itu sudah semestinya usaha seorang blogger itu sendiri agar blog mereka menepati citarasa pelanggan. NUFFNANG hanya akan memberi tugasan berdasarkan makluman dari pengiklan (peringatan yea!!)

Kalau korang nak tahu bagaimana pendapatan dijana melalui NUFFNANG adalah lebih baik korang daftar dulu untuk memudahkan korang faham dan dengan cara ni korang akan dapat faham dengan lebih mudah. Kalau tak faham korang jangan risau,ramai blogger-blogger yang sedia membantu dan juga korang boleh bertanya dengan Staff NUFFNANG yang peramah.

Mulakan langkah sebagai seorang blogger yang berdedikasi dan memiliki identiti sendiri. Sebagai pesanan janganlah korang  berblogging hanya kerana wang ringgit semata-mata. Pelajari dulu  berblogging secara berhemah dan korang akan faham apa erti blogging sebenarnya. Satu lagi tak semestinya ganjaran akan korang perolehi dalam masa terdekat tanpa usaha. Berusahala selagi mempunyai peluang.

Pelik Tapi Benar- Bersihkan Mata dengan Pisau


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

CHENGDU, CHINA – Apa yang anda akan lakukan apabila mata terasa gatal, kering atau sakit?, kebanyakkan dari kita akan membersihkan mata ataupun menitiskan ubat mata tetapi tidak kepada Liu Deyan, 53 tahun.


Liu Deyan telah membuka perkhidmatan membersihkan mata hanya dengan menggunakan pisau sebagai peralatan asasnya, nampak macam pelik dan gerun tetapi ramai pelanggan yang sanggup mendapatkan perkhidmatan membersihkan mata yang diusahakannya.

Dengan menarik kelopak mata keatas, Deyan akan membersihkan bebola mata pelanggan dan seterusnya mencukur bulu-bulu dibawah mata dan mengelap permukaannya.


Namun, akibat daripada risiko yang tak diingini, pegawai kesihatan China telah mengarahkan perniagaan yang berisiko itu dihentikan segera kerana dikhuatiri boleh terkena jangkitan.

Cuba kita bayangkan semasa sedang melakukan tugas tersebut tidak semena-mena Liu Deyan terbatuk atau terbersin semasa sedang membersihkan mata kita.......... 100% buta bro. Hehe.

Ayat Murah Rezeki dan Cepat Kaya.

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Entri kali ini adalah berkenaan salah satu dari ayat-ayat Suci Al-Quran yang boleh diamalkan sebagai doa setiap hari, masa dan ketika untuk mendapatkan rezeki yang murah dan memohon mendapat kekayaan di dunia dan akhirat. Namun, selain doa, usaha yang berterusan juga perlu dilakukan. Jangan menharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.  Selamat berusaha semua.

Berita Baru- [Elaun Sara Hidup (COLA) ]

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua


BERITA BARU DITERIMA BAIK UNTUK SEMUA PEKELILING 001 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Januari 2013 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am. Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-1. Surat Perlantikan Kerja - Original2. Surat Pengesahan Kerja- Original3,  Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas) dan...80 penutup botol COCA_COLA... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun COLA !Haaaahahaha! !!!... kalau pasal duit semua mata sanggup baca sampai habis... Jangan marah, gurau2 je.. Hehe





PEACE!!!

[VIDEO]- Lagu by Scan (Disana Mawar Disini Penawar).

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Mai sama2 layan lagu nie..


Jumaat, 10 Mei 2013

[VIDEO]- Gwiyomi by Nora Danish

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Mai sama-sama layan Gwiyomi Nora Danish yang memang cute nie.. :)




SUBHANALLAH Jenazah Ibu yang Masih Segar Setelah 30 Tahun Dikebumikan

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.
Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang memballut jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.
Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya. Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah dan penyabar.
Banyak hari ini isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun… namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri. Isteri tidak dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar melebihi sisuami. Suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas sebagai iktibar.
Pengajarannya, kaum wanita terutamanya yang sudah bergelar isteri , sedarkah diri anda bahawa anda adalah kaum yang bertuah dan mudahnya anda untuk ke Syurga Allah . Salah satu caranya adalah dengan mentaati suami anda. Anda tidak akan kerugian , malah akan dipandang tinggi di dunia lebih-lebiih lagi mendapat balasan baik di akhirat. 

[VIDEO] - Hebatnya Ciptaan Tuhan

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Tahukah anda dengan sejenis haiwan yang bernama Iguana??

tahu@tak tahu, tak mengapa.. Hayatilah salah satu kehebatan ciptaan Tuhan ini yang mana mampu menukarkan warna mengikut objek yang disentuhnya.

memang menakjudkan!!! SUBHANALLAH.


[VIDEO] ST12 Puteh-Puteh Melati Merah-Merah Delima

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Mai sama-sama layan lagu nie.. :)


[VIDEO] Gwiyomi BY Wawa Zainal

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Gwiyomi!!!!

Artis pun suka buat Gwiyomi sekarang nie..

lau yang cute ok la..he3,,gurau je

Memang satu fenomena yang hebat..

nie salah satu yang juga amat cute Gwiyominya..he3


Nasihat Dalam Unsur Jenaka by Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Pelbagai unsur-unsur nasihat yang berguna kepada diri kita sendiri dan orang lain boleh diperolehi. perkara yang penting sekali adalah adakah kita sebagai manusia terutamanya umat Islam dapat menerima seterusnya menjadikan nasihat-nasihat tersebut sebagai pedoman hidup.

Entri kali ini akan saya fokuskan kepada nasihat-nasihat yang mana telah diselitkan dengan jenaka dipetik daripada ceramah-ceramah oleh penceramah yang disukai ramai terutamanya golongan muda iaitu Ustaz Azhar Idrus. Diharap ianya memberikan sedikit sebanyak kesedaran dalam diri pembaca blog Perantau dan untuk penulis blog Perantau sendiri.






1. "Kita boleh khatam berita harian & utusan me-layu  , tapi belum tentu dh khatam Al-Quran. Bacalah Surah Al-Kahfi malam ini."

2. "Jika dapat isteri yang suka berleter, dapat pahala kalau bersabar. Jika nak cari bakal isteri yang kuat berleter, silakan, tapai hantaran kena sertakan dengan headphone."

3."S: Apa hukum merenjis tepung pada pengantin? Ustaz: Bidaah kerana tepung adalah makanan. Lebih baik guna tepung buat cekodok bagi makan pengantin."

4. "S: " Apa hukum tawar menawar dalam pembelian? Ustaz: Harus, tapi tak boleh bila menyakitkan hati seperti motor harga rm60,000 pergi tawar rm6,00!"

5."S: Saya sering alami bayangan seksual, apa perlu saya buat?. Ustaz: Ini kes selalu tengok yang bukan-bukan. Kalau selalu tengok Al-Quran tak jadi masalah ni. Kahwin je la cepat2."

6."Wanita walaupun dah berumur , anak dah berderet, wajib berhias juga untuk suami. Jangan biar rupa jadi macam kak limah, suami tengok terus putus angin."

7."Adat bertunag, gadis yang diam senyum malu-malu itu tanda setuju, Gadis yang berkata SETUJU tandanya itu TAK TAHU MALU."

continue....

Rabu, 8 Mei 2013

Apa Itu GST?

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Entri kali ini adalah berkenaan satu sistem cukai barangan dan perkhidmatan yang dikenali sebagai GST.



Apa GST?

GST atau atau dalam bahasa inggerisnya Goods And Services Tax  adalah suatu sistem cukai barangan dan perkhidmatan yang mana apa sahaja barangan dan perkhidmatan pengguna akan melibatkan cukai. 

GST nie adalah cukai kepenggunaan berdasarkan konsep nilai ditambah. sape belajar ekonomi mesti faham nie..he3..GST dikenakan ke atas setiap nilai ditambah ke atas barangan dan perkhidmatan dalam setiap tahap urus niaga. Nilai ditambah adalah nilai yang ditambah ke atas barangan mentah ataupun nilai terhadap sebarang pengubahsuaian yang dilakukan oleh pengeluar barangan mentah sebelum dijual kepada pengilang. Pengilang kemudiannya akan mengenakan GST ke atas nilai tambah yang dilakukannya sebelum dijual kepada pelanggannya. Sebab inilah GST juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan( Consumption tax), dalam erti kata lain asasnya jauh lebih luas dari Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.

Bekalan yang dikecualikan cukai atau GST?

Sesiapa yang risau jika GST dilaksanakan di Malaysia, harus menolak perspepsi atau pandangan mereka itu yea. :) . Sebabnya mudah je. GST nie tak dikenakan terhadap barangan keperluan asas contohnya gula, garam, minyak and so on la yea. Di Australia misalnya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuklah barangan keperluan asasi kecuali ( makanan tersedia, snek, minuman ringan, alkohol), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.  Dengan kata yang mudah, tak payah korang risau-risau lah. 

Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.

Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaanya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.

Satu lagi admin rasa, dengan peneganalan GST nie, akan berlaku penurunan harga barang-barang mewah( lau korang belajar ekonomi tau la..hehe). Harap-harap harga kereta pun turun la. Amin. 





Petisyen Pilihanraya

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua



Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab- sebab berikut:
  • Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya
  • Ketidakpatuhan undang- undang dan peraturan pilihan raya
  • Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang- undang yang dilakukan oleh calon dan ejen- ejen
  • Calon atau ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya
Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi di dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya  disiarkan dalam Warta. Jika Hakim Pilihan Raya, selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis bagi mengadakan pilihan raya baru di bahagian pilihan raya tersebut.