Sabtu, 11 Mei 2013

Cerita Menyayat Hati

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Berita yang sungguh menyayat hati ini adalah mengenai seorang budak perempuan yang dipercayai dirogol, ditemui mati di kawasan letak kereta di Lorong Batu Nilam, Bukit Tinggi di sini, malam kelmarin. Semakin hari semakin menjadi-jadi jenayah di Malaysia nie, tak tahu nak cakap apa lagi. Menurut ketua polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh orang awam di kawasan berkenaan jam 10.30 malam kelmarin. 

Foto

24 jam meninggal.
Siasatan awal mendapati mangsa telah ditemui 200 meter dari rumahnya, meninggal dunia kurang dari 24 jam ketika ditemui. Namun, tiada kecederaan lain pada badannya kecuali di  kemaluannya.2 suspek telah ditahan yang berasal dari Sabah bagi membantu siasatan. Mereka berumur dalam lingkungan 19 dan 24 tahun. 

Keluar bermain.
Ibu mangsa menyatakan anaknya hanya keluar bermain-main diluar rumah tetapi tidak dapat memasuki rumah kerana tiada kunci rumah dengannya. Kejadian ini amatlah sedih dan menyayat hati . Blog perantau berharap pihak yang bersalah akan mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuat. 

Tiada ulasan: