Sabtu, 11 Mei 2013

Apa Itu NUFFNANG??


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Entri hari ini adalah mengenai serba sedikit tentang NUFFNANG nak berkongsi dengan mereka yang tak tahu pasal NUFFNANG. Yang dah tahu tuh korang sudi-sudikan tambah kat komen .
Kenapa PERLUNYA dibuat entri ini? Sebab ramai yang tak tahu lagi. Ramai yang tak kenal NUFFNANG dan ramai yang tak pasti sama ada blogging ini boleh menjanakan pendapatan atau tidak.


Untuk pertanyaan apa itu NUFFNANGNUFFNANG adalah sebuah Syarikat Pengiklanan berasaskan blog dan pada masa yang sama ia juga merupakan sebuah Komuniti untuk blogger oleh blogger.Disamping membuat iklan melalui blog  NUFFNANG juga menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.

Pengiklan NUFFNANG  terdiri dari nama-nama besar dalam pasaran seperti Nokia, DiGi, Maxis, Sony, Nike, Nestle dan banyak lagi Syarikat-syarikat yang Gah di Malaysia. Disinilah bermula segalanya bagi seorang blogger bila para pengiklan akan mengiklankan barangan mereka melalui NUFFNANG dan medium Blogger akan digunakan.

Tak semestinya seseorang blogger itu mendapat imbuhan yang kencang kerana kalau inginkan pendapatan yang lumayan terdapat beberapa kriteria yang perlu dilihat dan itu sudah semestinya usaha seorang blogger itu sendiri agar blog mereka menepati citarasa pelanggan. NUFFNANG hanya akan memberi tugasan berdasarkan makluman dari pengiklan (peringatan yea!!)

Kalau korang nak tahu bagaimana pendapatan dijana melalui NUFFNANG adalah lebih baik korang daftar dulu untuk memudahkan korang faham dan dengan cara ni korang akan dapat faham dengan lebih mudah. Kalau tak faham korang jangan risau,ramai blogger-blogger yang sedia membantu dan juga korang boleh bertanya dengan Staff NUFFNANG yang peramah.

Mulakan langkah sebagai seorang blogger yang berdedikasi dan memiliki identiti sendiri. Sebagai pesanan janganlah korang  berblogging hanya kerana wang ringgit semata-mata. Pelajari dulu  berblogging secara berhemah dan korang akan faham apa erti blogging sebenarnya. Satu lagi tak semestinya ganjaran akan korang perolehi dalam masa terdekat tanpa usaha. Berusahala selagi mempunyai peluang.

Tiada ulasan: