Rabu, 8 Mei 2013

Apa Itu GST?

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Entri kali ini adalah berkenaan satu sistem cukai barangan dan perkhidmatan yang dikenali sebagai GST.



Apa GST?

GST atau atau dalam bahasa inggerisnya Goods And Services Tax  adalah suatu sistem cukai barangan dan perkhidmatan yang mana apa sahaja barangan dan perkhidmatan pengguna akan melibatkan cukai. 

GST nie adalah cukai kepenggunaan berdasarkan konsep nilai ditambah. sape belajar ekonomi mesti faham nie..he3..GST dikenakan ke atas setiap nilai ditambah ke atas barangan dan perkhidmatan dalam setiap tahap urus niaga. Nilai ditambah adalah nilai yang ditambah ke atas barangan mentah ataupun nilai terhadap sebarang pengubahsuaian yang dilakukan oleh pengeluar barangan mentah sebelum dijual kepada pengilang. Pengilang kemudiannya akan mengenakan GST ke atas nilai tambah yang dilakukannya sebelum dijual kepada pelanggannya. Sebab inilah GST juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan( Consumption tax), dalam erti kata lain asasnya jauh lebih luas dari Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.

Bekalan yang dikecualikan cukai atau GST?

Sesiapa yang risau jika GST dilaksanakan di Malaysia, harus menolak perspepsi atau pandangan mereka itu yea. :) . Sebabnya mudah je. GST nie tak dikenakan terhadap barangan keperluan asas contohnya gula, garam, minyak and so on la yea. Di Australia misalnya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuklah barangan keperluan asasi kecuali ( makanan tersedia, snek, minuman ringan, alkohol), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.  Dengan kata yang mudah, tak payah korang risau-risau lah. 

Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.

Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaanya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.

Satu lagi admin rasa, dengan peneganalan GST nie, akan berlaku penurunan harga barang-barang mewah( lau korang belajar ekonomi tau la..hehe). Harap-harap harga kereta pun turun la. Amin. 





Tiada ulasan: