Rabu, 8 Mei 2013

Petisyen Pilihanraya

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua



Keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah. Sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab- sebab berikut:
  • Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya
  • Ketidakpatuhan undang- undang dan peraturan pilihan raya
  • Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang- undang yang dilakukan oleh calon dan ejen- ejen
  • Calon atau ejennya didapati tidak layak menyertai pilihan raya
Petisyen pilihan raya mestilah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi di dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya  disiarkan dalam Warta. Jika Hakim Pilihan Raya, selepas menjalankan perbicaraan ke atas petisyen berkenaan, memutuskan bahawa pilihan raya berkenaan terbatal, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengeluarkan notis bagi mengadakan pilihan raya baru di bahagian pilihan raya tersebut.

Tiada ulasan: