“Tolong maafkan dia
(Sakinah) kerana dia masih muda.
“Niat Sakinah hanya
bergurau, bukan meraih publisiti murahan atau berkongsi mengenai pakaian
dalam,” kata Sharifah Shahira, kakak kepada pelakon, Sharifah Sakinah, 24, yang
memohon maaf atas tindakan adiknya memuat naik video di laman sosial Keek
minggu lalu apabila meluahkan cerita mengenai warna pakaian dalamnya.
Tindakan memalukan itu
mencetuskan kontroversi panas apabila Sharifah Sakinah dikecam pengguna di
laman sosial itu dan YouTube sejurus kebanyakan mereka menyifatkan tindakan
berkongsi pakaian dalam sebagai keterlaluan dan amat memalukan.
Sharifah Shahira
dihubungi semalam memohon maaf berhubung kejadian itu dan menegaskan adiknya
sekadar bergurau.
“Saya cukup mengenali
Sakinah. Dia hanya bergurau dan hanya ‘test market’ yang akhirnya memakan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan