Jumaat, 17 Mei 2013

[ARTIKEL AND VIDEO]- Alhamdulillah, Bayern setuju bina Masjid kerana Ribery

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Selamat pagi semua, semoga anda sihat sejahtera, dilimpahi rahmat senantiasa dan happy2 selalu. Jangan lah bersedih, hiburkan hati anda yang luka.. he3. mcm ustaz lak admin nie..ha2.. terus kepada post aku lak. Kali nie admin nak post pasal satu berita yang menarik nie.

Korang kenal tak Frank Ribery, kalau korang peminat bola sepak tambah2 kalau korang nie peminat kelab Bayern Munich mesti kenal punya. Ceritanya begini, Frank Ribery kita sedia maklum bahawa beliau ni seorang muslim kan. Satu hari beliau mintak la ng kelab Bayern Munich satu ruang yang kecil utk beliau dan kwn2 yg Islam bersolat.

Korang pun tahu kan Bayern kan dari German dan sudah tentu bkn kelab bola sepak Islam tapi apa yang menarik disini mengenangkan jasa-jasa Frank Ribery kepada kelab maka dengan murah hatinya kelab Bayern nie membuat kejutan besar dengan sediakan ruang yang lebih besar iaitu membina sebuah Masjid kepada Ribery dan pemain Islam mereka yang lain. Kelab bola sepak Bayern Munich bersetuju untuk menanggung 85% kos pembinaan Masjid dan Perpustakaan Islam besar di stadium Allianz Arena selepas mendapat permintaan dari pemain utama mereka Frank Ribery, bagi memudahkan pemain dan peminat yg beragama Islam menunaikan solat lima waktu. Pihak pengurusan juga akan mencari iman utk masjid tersebut. 15% lagi kos akan ditanggung oleh pemain dan peminat. Ini juga bermakna, kelab bola sepak Bayern Munich telah menyertai kelab bola sepak Newcatle dalam menyediakan ruangan solat utk pemain dan peminat mereka



Hebat kan. Begitu la kalau ikhlas dalm beribadah , maka tuhan pun akan permudahkan ibadah kita kan. Syukur kan. Admin fikir bilalah admin nak jadi pemain profesional mcm Ribery nie. Mustahil la. ha3.

Ok nie video Ribery beribadah di Mekah.





Tiada ulasan: