Assalamualaiikum
dan selamat sejahtera kepada semua
Pernah
tak korang "mengorat" gadis-gadis..eh bnyak lak..he3.. gadis la.
Confirm ramai yg pernah nie. tak mengapa. Kalau dah Pro tu ok la.. kalau tak
lagi try la..ha3 . Post admin kali nie bukan pasal nak ajar korang ngorat nie
tapi nak bagi tau sikit hint@petunjuk yang akan korang perlu tahu la bila
sorang gadis tu nak suh korang "mengorat" diorang.
Admin pun
tak terer bab ngorat2 nie. Cuma terbaca satu artikel pasal gadis bagi hint nak
suh jejaka0jejaka ngorat diorang je..he3. Permudahkan cerita, pernah tak korang
pergi ke shoping kompleks ke, taman ke, tepi pantai ke , lepak2 ng kawan2
korang ke. Lepas tu korang nmpak sorang gadis nie. Dia pun tgk korang and dia
sebenarnya berminat la kt korang . Masalahnya, korang pun tahu kan gadis nie
kan pemalu ( pemalu la sgt..he3.. gurau je, jgn marah wahai gadis2 ayu ..:) .
So, dijadikan cerita gadis nie tahu nie la first time and maybe last time
jumpe korang, hati dah berkenan.. Pasti gadis tu nak bg hint kt korang kan.
Yang jadi masalahnya kalu korang tahu takpe la , klau tak tahu , korang
terlepas, gadis tu pun melepas jgak la..he3..
Berikut point² yang admin pikirkan. anda semua tidak kira lelaki
atau perempuan digalakkan untuk memberi komen anda kerana point² ini admin pikir
sendiri je. Mana tau salah atau korang ada point² lain untuk dikongsi,
terutamanya dari kaum hawa sendiri..ha3.
1. Asyik tengok / curi pandang anda.
Perempuan juga seperti lelaki, kalau suka pada lelaki dia akan
tengok juga. Mungkin pandangan berbeza sedikit berbanding lelaki sebab lelaki
biasanya tengok perempuan cantik, tetapi perempuan dia boleh tengok lelaki pada
rupa, penampilan dan juga tingkah laku.
Kalau terpandangan kali pertama normal la. Tapi kalau perempuan
asyik tengok anda, kadang² curi² pandang, so berkemungkinan dia hendak
berkenalan, tetapi dia malu. So dia bagi la hint permulaan ini, iaitu asyik
tengok/curi pandang anda.:)
2. Senyum kepada anda, bukan sekali tapi banyak kali.
Mungkin apabila anda perasan dia tengok anda, kali pertama mungkin
dia alihkan pandangan, kedua senyum kepada anda. Kali ketiga, keempat dan
seterusnya, setiap kali pandang, setiap kali senyum kepada anda.:)
Kalau macam ni, semakin kuat firasat menunjukkan perempuan ini
berminat dengan anda, dan mungkin dalam hatinya berkata 'kalaulah dia tegur
aku'..ataupun boleh dikatakan dalam fasa ini, mereka berharap agar diri mereka
dimengorat..:)
3. Dia akan cuba untuk tonjolkan diri dia.
Mungkin jarang jumpa perempuan jalan seorang diri. Biasanya mereka
akan bersama kawan perempuan mereka yang lain, selain dengan kawan² lelaki.
Kalau dorang pergi shopping, biasa memang dengan kawan perempuan la:)
Apabila berkumpul, ada yang memang semula jadi sikapnya. Tetapi
ada juga yang apabila perasan anda berada di depan, dan dia berminat hendak
berkenalan dengan anda, dia akan cuba menonjolkan dirinya. Tujuannya adalah
untuk menarik perhatian anda.
Mungkin dia menggunakan cara ketawa kuat, cakap kuat² walaupun
sebelum ini dia senyap je, alih kerusi biar pandangan lebih jelas terhadap
anda, buat² bangun, betulkan kasut, dan macam² lagi la asalkan anda perasan
adanya dia di hadapan anda. Lepas buat perkara², dia akan tengok anda untuk
perhatikan samada anda perasan atau tidak perlakuan dia tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan