Assalamualaiikum
dan selamat sejahtera kepada semua
Laporan yang berterusan terhadap penyalahgunaan steroid anabolik yang digunakan oleh ramai atlet profesional yang dipandang sebagai ‘role model’ memberikan gambaran yang tidak baik untuk komuniti kita. ‘Lebih besar lebih cantik’ menyebabkan ramai yang ingin mencuba steroid anabolik untuk mendapatkan kesan yang diinginkan untuk membina otot.
Penyalahgunaan steroid anabolik berbeza daripada penyalahgunaan dadah terlarang lain. Ini adalah kerana penggunaannya bukan didorong oleh perasaan euforia yang dirasai sejurus selepas menggunakan heroin, kokain atau marijuana, tetapi didorong atas rasa ingin meningkatkan prestasi dan penampilan diri.
Steroid anabolik boleh membawa kepada serangan jantung awal, strok, tumor hati, kegagalan fungsi buah pinggang dan masalah psikiatri yang serius. Selain itu, oleh kerana steroid anabolik ini sering digunakan melalui suntikan, pengguna yang berkongsi jarum suntikan adalah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan virus seperti HIV/AIDS, hepatitis B dan hepatitis C.
Steroid anabolik adalah sejenis bahan sintetik dimana struktur dan fungsinya hampir sama dengan hormon seks lelaki seperti testosterone. Ia menggalakkan pertumbuhan otot (anabolic effect) dan peningkatan ciri-ciri seksual lelaki (androgenic effect) untuk lelaki mahupun wanita.
Penyalahgunaan steroid dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan daripada fizikal kurang menarik seperti masalah jerawat hinggalah kepada masalah lain yang dapat membawa maut seperti serangan jantung dan kanser hati. Kebanyakan kesan ini adalah sementara jika pengambilannya dihentikan, tetapi sesetengahnya adalah kekal seperti suara menjadi garau, khasnya untuk wanita.
1. Sistem hormon
2. Sistem muskuloskeletal
3. Sistem kardiovaskular
4. Hati
5. Kulit
6. Jangkitan
Gambar hiasan

Penggunaan
steroid anabolik yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dan kekuatan
menyebabkan pesalahguna steroid anabolik mengabaikan kesan bahaya disebabkan
oleh bahan ini. Penyalahgunaan steroid anabolik boleh menyebabkan kesan serius
yang berpanjangan, dan dalam kes-kes tertentu, kesannya adalah kekal.
Steroid anabolik boleh membawa kepada serangan jantung awal, strok, tumor hati, kegagalan fungsi buah pinggang dan masalah psikiatri yang serius. Selain itu, oleh kerana steroid anabolik ini sering digunakan melalui suntikan, pengguna yang berkongsi jarum suntikan adalah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan virus seperti HIV/AIDS, hepatitis B dan hepatitis C.
APAKAH
STEROID ANABOLIK?
Steroid anabolik adalah sejenis bahan sintetik dimana struktur dan fungsinya hampir sama dengan hormon seks lelaki seperti testosterone. Ia menggalakkan pertumbuhan otot (anabolic effect) dan peningkatan ciri-ciri seksual lelaki (androgenic effect) untuk lelaki mahupun wanita.
Steroid
anabolik dihasilkan pada akhir 1930-an. Pada asalnya, ia bertujuan untuk
merawat hypogonadism, iaitu sejenis penyakit di mana testis tidak dapat
menghasilkan hormon testosteron yang mencukupi untuk pertumbuhan dan fungsi
seksual normal lelaki. Bahan ini juga digunakan di dalam perubatan khasnya
untuk merawat kelewatan akhil baligh, masalah kelamin untuk kaum lelaki dan
penyusutan otot disebabkan oleh jangkitan HIV dan penyakit-penyakit lain.
Pada
tahun yang sama, para saintis mendapati bahawa steroid anabolik juga memberi
kesan lain iaitu peningkatan pertumbuhan otot terhadap haiwan ujian di makmal,
di mana bermulanya penyalahgunaan steroid anabolik ini oleh atlit bina badan
dan seterusnya oleh atlit-atlit dalam bidang sukan lain.
KESAN
PENYALAHGUNAAN STEROID TERHADAP KESIHATAN
Penyalahgunaan steroid dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan daripada fizikal kurang menarik seperti masalah jerawat hinggalah kepada masalah lain yang dapat membawa maut seperti serangan jantung dan kanser hati. Kebanyakan kesan ini adalah sementara jika pengambilannya dihentikan, tetapi sesetengahnya adalah kekal seperti suara menjadi garau, khasnya untuk wanita.
Kesan-kesan
penyalahgunaan steroid anabolik dapat diklasifikasikan seperti:
1. Sistem hormon
Penyalahgunaan
steroid akan mengganggu pertumbuhan normal hormon badan menyebabkan kesan
sementara atau kekal. Perubahan sementara adalah seperti pengurangan
penghasilan sperma dan pengecutan testis (testicular atrophy) manakala
perubahan kekal termasuklah botak dan pertumbuhan payudara bagi lelaki
(gynecomastia). Satu kajian menunjukkan lebih dari separuh daripada ahli bina
badan mengalami masalah ini.
Dalam
konteks wanita, steroid anabolik meningkatkan ciri-ciri maskulin seperti
pengecilan payudara dan penurunan jumlah lemak dalam badan, kulit menjadi
kasar, pembesaran klitoris dan suara yang garau. Wanita yang mengamalkan
pengambilan steroid anabolik secara berlebihan ini juga akan mengalami
pertumbuhan bulu badan secara tidak terkawal dan berlebihan tetapi dalam masa
yang sama, mereka juga mengalami keguguran rambut. Walaupun sesetengah kesan
adalah sementara, penggunaan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang
akan menyebabkan kesannya kekal.
Ketidaksuburan
juga dikaitkan dengan penggunaan steroid anabolik kepada kaum lelaki dan
wanita.
2. Sistem muskuloskeletal
Secara
normalnya, peningkatan jumlah hormon testosteron dan seks hormon yang lain akan
mencetuskan pertumbuhan tulang yang maksimum semasa akhil baligh dan remaja,
diikuti dengan isyarat supaya pembesaran berhenti. Jika steroid anabolik ini
disalahgunakan oleh kanak-kanak atau remaja yang sedang membesar, peningkatan
seks hormon (walaupun ia adalah artificial) secara mendadak akan memberi
isyarat kepada otak supaya pembesaran dihentikan. Ini bermakna, pertumbuhan
tulang seseorang remaja itu menjadi terbantut sebelum tiba masanya.
3. Sistem kardiovaskular
Penyalahgunaan
steroid seringkali dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular seperti serangan
jantung dan strok, walaupun sesetengahnya berusia kurang dari 30 tahun. Steroid
berperanan dalam mengubah tahap lipoprotein yang membawa kolesterol dalam
darah. Ia meningkatkan LDL (kolesterol jahat) dan mengurangkan HDL (kolesterol
baik). LDL yang tinggi dan HDL yang rendah meningkatkan risiko untuk seseorang
mendapat arterosklerosis, satu keadaan di mana lemak terkumpul di dalam salur
darah dan mengganggu perjalanan darah. Jika perjalanan darah ke jantung
terhalang, ia akan menyebabkan serangan jantung, dan, jika perjalanan darah ke
otak terhalang, serangan otak iaitu strok akan terjadi. Hal ini juga boleh
menyebabkan penyakit darah tinggi kepada pengguna.
Selain
itu, steroid juga meningkatkan risiko pembekuan darah di dalam salur darah.
Pembekuan darah akan menyebabkan perjalanan darah terganggu dan merosakkan otot
jantung. Akibatnya, jantung tidak dapat mengepam darah secara berkesan.
4. Hati
Penyalahgunaan
steroid dikaitkan dengan tumor hati dan dalam isu terpencil, peliosis
hepatitis, di mana cyst yang dipenuhi darah terbentuk di dalam hati. Kedua-dua
tumor dan cyst ini apabila pecah, akan menyebabkan pendarahan dalaman.
5. Kulit
Penggunaan
steroid yang berlebihan menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat,
cyst, dan kulit dan rambut berminyak.
6. Jangkitan
Pesalahguna
steroid kebiasaannya menggunakan teknik suntikan yang tidak steril atau
bertukar-tukar jarum suntikan yang telah dicemari bakteria dan virus. Selain
itu, sesetengah steroid untuk pasaran haram adalah disediakan dalam keadaan
tidak steril. Faktor inilah yang meletakkan pesalahguna steroid berada dalam
risiko tinggi untuk menghidap jangkitan virus seperti HIV, hepatitis B dan
hepatitis C. Pesalahguna juga mudah untuk mendapat endokarditis, iaitu
jangkitan bakteria pada jantung yang boleh membawa maut. Jangkitan bakteria
juga boleh menyebabkan kesakitan dan nanah di kawasan suntikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan