Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua.....
Derma darah - menyebutnya saja boleh
menyebabkan mereka yang melakukan usaha murni itu tersenyum bangga, manakala
yang lainnya mencebik kerana takut jarum `besar' digunakan. Malah fobia jarum
itu merencatkan keinginan berkongsi darah bagi membantu menyelamatkan nyawa
insan memerlukan.
Sudah terlalu banyak kempen dan peringatan disalurkan mengenai kepentingan menderma darah, namun tidak ramai yang menyedari kepentingannya sehinggalah diri sendiri mahupun ahli keluarga memerlukan bantuan darah berkenaan.
Darah yang diambil ini pula adalah jenis darah utuh (whole blood) yang daripadanya diperoleh pula sel darah merah, plasma, platelet, cryoprecipitate dan cryosupernatant. Darah jenis AB+, AB-, A+, A-, B+, B-, O + dan O pula diperlukan saban hari bagi menyelamatkan nyawa, sama ada untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia.
Malah, seorang penderma boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa. Menyedari kepentingan derma darah menghargai sumbangan penderma, tarikh 14 Jun pula dipilih sebagai Hari Penderma Darah Sedunia yang bertujuan mencetuskan gelombang' atau gerakan derma darah dalam kalangan masyarakat.

Keistimewaan
Penderma Darah
Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital

Kerajaan adalah layak
mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :
- Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005
KEKERAPAN
MENDERMA
KEISTIMEWAAN RAWATAN
|
|
1 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan
perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua
untuk tempoh 4 bulan.
|
2 kali (dalan tempoh
12 bulan)
|
Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
|
2 ~ 5 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan
perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan.
|
6 ~ 10 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar selama 1 tahun
dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh 6 bulan.
|
11 ~ 15 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar selama 2 tahun
dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 1 tahun.
|
16 ~ 20 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan
perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 2 tahun.
|
21 ~ 30 kali
|
|
31 ~ 40 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan
perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 4 tahun.
|
41 ~ 50 kali
|
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan
perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 6 tahun.
|
Lebih 50 kali (bagi
penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
|
Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan
perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur
hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.
|
sumber http://www.pdn.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan