Assalamualaiikum
dan selamat sejahtera kepada semua
Kita sering mendengar bahawa
menderma darah akan menyebabkan seseorang menjadi gemuk, berkemungkinan untuk
mendapat penyakit HIV dan juga ada yang takut darahnya tak cukup apabila
menderma darah. Jadi, hari ini admin akan senaraikan sedikit kelebihan menderma
darah dan juga syarat-syarat bagi penderma darah.
Kelebihan menderma darah:-
1. Meransang tubuh badan untuk
menghasilkan banyak sel-sel darah yang baru. Secara tidak langsung, menyihatkan
tubuh badan memandangkan sel-sel darah baru berkeupayaan membawa oksigen dengan
lebih berkesan.
2. Kecekapan badan menggunakan zat
besi dalam badan akan meningkat kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel
darah merah yang baru. Proses ini membantu mengawal kandungan zat besi dalam
badan dan mengelakkan pengumpulan zat besi berlebihan di jantung yang boleh
menyebabkan sakit jantung.
3. Secara purata tahap zat besi dalam badan seseorang lelaki ialah
kira-kira 1,000 miligram tetapi pada wanita (sebelum menopaus atau putus haid)
hanyalah 300 miligram saja. Pengeluaran zat besi pada wanita berlaku ketika
haid dan inilah sebabnya wanita muda terlindung daripada sakit jantung. Risiko
sakit sama dengan lelaki apabila wanita menopaus kerana zat besi mula terkumpul
banyak dalam badan mereka.
4. Setiap kali anda menderma darah, anda akan mengeluarkan
sebahagian daripada zat besi dari badan. Ada kajian menunjukkan zat besi
berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, satu proses
yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya
mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok).
Itu adalah antara kebaikan-kebaikan
menderma darah. Jadi, mari lihat apa pula syarat-syarat yang diperlukan untuk
melayakkan anda menderma darah.
Syarat-syarat untuk menderma darah:-
1. Berumur 18-60 tahun dan mempunyai
berat badan melebihi 45 kilogram.
2. Tahap Haemoglobin melebihi 12.5
peratus.
3. Tiada penyakit kronik.
4. Tidak mengambil preskripsi atau
ubat-ubatan seperti aspirin, pain killer dan sebagainya.
5. Tidur yang mencukupi, 5 jam atau
lebih.
6. Sudah makan dan minum yang
mencukupi sebelum menderma darah.
Itu saja rasanya senarai yang dapat admin kongsikan kali ini. Seruan admin untuk semua, janganlah takut untuk menderma darah.
Anda mampu membantu untuk menyelamatkan nyawa orang yang memerlukan darah.
Bayangkan, kalau keluarga anda sendiri yang mengalami kekurangan darah, dan
anda tidak mampu untuk menderma, bagaimana perasaannya? Setiap titis darah yang
anda derma tu, amat berharga. Hihi, jadi dermalah darah anda kepada yang
memerlukan. Tapi pastikan anda makan dan minum secukupnya sebelum menderma
darah, kalau tak jadi seperti admin yang hampir pitam selepas menderma. Nak kata
tak makan, baru selesai makan tengahari, tapi mungkin kerana makan tak
mencukupi, hampir pitam jadinya. Jatuh saham depan jururawat-jururawat cantik
tu, hihi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan