Sabtu, 13 April 2013

Penyakit Dunia




 Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua.....

Entry post kali ini admin nak cerita pasal penyakit-penyakit dalam dunia sekarang yang mana admin rasa semakin menjadi-jadi.. Rasanya ramai yang tahu tentang penyakit ini dan sudah tentu terdapat segelintir yang kurang tahu yea..he2.Penyakit nie dikenali sebagai Virus H1N1 dan amatlah merbahaya kepada manusia(akan diceritakan lebih detail selepas nie).bagi yang kurang mengetahuinya tak mengapa admin akan berkongsi kali ini dengan korang semua  melalui pembacaan admin dan sedikit ilmu yang admin ada akan aku cuba sedaya upaya terangkan secara ringkas je yea.. hendak bagi korang semua tahu je, yang dah tahu tak mengapa, kalu sudi letakkan komen korang berdasarkan pengetahuan korang semua.. :)


Penyakit H1N1 
  
  • Apakah H1N1 nie?


Istilah
Pada 25 Jun 2009, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan influenza A (H1N1) (1 % ) tidaklah berbahaya berbanding dengan wabak selesema burung (avian influenza) (60 %). Beliau menggesa media khususnya televisyen tidak menggunakan istilah selesema babi. Lagipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf istilah Influenza A (H1N1). Stesen RTM1 dan TV3 beralih semula menggunakan istilah mudah difahami iaitu 'selesema babi' dan memang berpunca daripada babi di Mexico, Australia dan Amerika Syarikat. Istilah 'selesema babi' bukan bertujuan menghina sesiapa.
Semua jenis virus tidak ada ubat . Virus ini tiada 'persenyawaan' sebaliknya berkembang melalui 'pemecahan satu kepada dua' apabila hinggap pada perumah seperti manusia. Industri ternakan babi bimbang saham dan jualan ternakan akan merosot jika istilah selesema babi digunakan.



Influenza A (H1N1) di Malaysia atau wabak selesema babi 2009 bermula pada Mei - Jun 2009. Sehingga 21 Jun 2009, terdapat 50 kes di Malaysia. Sampel klinikal dihantar untuk Ujian makmal di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.Sebelum ini Malaysia dikejutkan dengan kes Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah yang disebarkan daripada babi, demam Coxsackie dan penyakit SARS.Berikutan daripada wabak selesema babi yang berlaku di Mexico bermula pada Mei 2009, kerajaan Malaysia mula mengambil langkah kawalan untuk mencegah wabak ini daripada menular.



Kematian
Sehingga 2 Ogos 2009, 5 orang disahkan mati di Malaysia akibat selesema babi ini.
  1. 21 Julai 2009: Seorang pelajar lelaki tahun pertama warga Indonesia berusia 30 tahun dijangkiti Influenza A (H1N1) telah meninggal dunia.
  2. 24 Julai 2009 : seorang rakyat Indonesia (46 tahun) mati kerana degupan jantung tidak terkawal dan berkait dengan H1N1 .Dia mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.
  3. 27 Julai 2009: Wanita 20 tahun bekerja sebagai pembantu kedai di Melaka meninggal dunia di Hospital Melaka disebabkan oleh pneumonia teruk . Dia mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru.
  4. 31 Julai 2009 : Kanak-kanak perempuan (10 tahun) di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Bagan Serai, Perak.Mangsa sesak nafas, deman dengan suhu 39 darjah Celcius dan cyanosis.Tiba-tiba tidak sedar sebelum meninggal dunia 30 minit kemudian.Bedah siasat dilakukan di Hospital Alor Setar.
  5. 3 Ogos 2009 : Seorang ibu muda berusia 24 tahun meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1) meninggal dunia di Miri,Sarawak selepas dua minggu melahirkan anak sulungnya.









Tiada ulasan: