Selasa, 23 April 2013

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Bertemu kembali wahai pengunjung blog onlywa yang admin hormati sekalian. Kali ini admin ingin berkogsi tentang 10 ucapan yang mana boleh dianggap sebagai tidak atau kurang wajar atau secara mudahnya tidak patut diamalkan oleh seorang penuntut ilmu sama ada pelajar sekolah lebih-lebih lagi kepada mahasiswa-mahasiswa. Dharap entri ini banyak memberi manfaat kepada semua.





1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'
Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'
Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'
Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'
Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'
Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'
Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'
Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'
Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'
Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.




[Video] Gundam Style versi buku

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Entri kali ini yang admin post kan adalah berbentuk video iaitu berkenaan tahap kekreativitian individu, yee!! sgt kreatif.. semoga terhibur..




Isnin, 22 April 2013

[VIDEO] Bagaimana Melindungi Undi Anda Dari Dikesan?

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Entri kali ini adalah berkenaan langkah-langkah atau cara yang perlu dilakukan oleh anda sebelum, semasa dan selepas proses pengundian serta tindakan yang boleh diambil sekiranya terdapat kecurigaan dalam proses pengundian tersebut. Hal ini juga akan membolehkan kita melindungi undi kita dengan lebih selamat tanpa dikesan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

UNDI KITA HAK KITA, LINDUNGI UNDI ANDA!!!
Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Diharap entri ini amat bermanfaat kepada anda.


Video ini dirakam khas untuk pendidikan para pengundi, terutamanya untuk mengetahui bagaimana undi kita dapat dilindungi daripada dikesan.

Untuk semakan daftar pemilih sila ke laman SPR dan semak samada nama anda telah berada dalam sistem sebagai pengundi berdaftar.




Semakan Daftar Pemilih :
- versi Bahasa Melayu
Masukkan No. K/P (tanpa tanda - ) dan clik SEMAK
http://daftarj.spr.gov.my/
http://daftarj.spr.gov.my/DaftarjBM.aspx

SEMAKAN SMS
Masukkan No. K/P (tanpa tanda - )

Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. K/P dan hantar ke 15888


Terima kasih kepada meraka yang telah menghasilkan video ini.
High quality download and upload by am.
— at Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Mai Menonton Filem dan Drama dengan Percuma


Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Entri kali ini admin hendak kongsi satu laman web yang boleh dikatakan agak berkualiti bagi sesiapa yang ingin menonton filem-filem dari dalam dan luar negara.. Tapi hanya untuk menonton sahaja, download tak boleh..he3

tekan je kat sini 

sini

selamat menonton :0

Ahad, 21 April 2013

5 Tips Kesihatan Cara Rasulullah SAW

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

5 Tips Kesihatan Cara Rasulullah SAW

Sebagaimana yang kita ketahui, Rasulullah SAW hanya dua kali sakit, iaitu tatkala menerima wahyu pertama. ketika itu beliau mengalami ketakutan yang amat sangat kerana malaikat Jibril menampakkan bentuk aslinya sehingga menimbulkan demam hebat. Satu lagi, menjelang kewafatan Baginda SAW. Saat itu Baginda SAW mengalami sakit yang sangat teruk sehingga akhirnya meninggal dunia.

Dari situ dapatlah kita simpulkan bahawa Rasulullah SAW mempunyai fizikal yang sihat dan daya tahan yang luar biasa. Padahal kita tahu di negara Arab sana, cuacanya sangat panas dan tandus. Siapa pun yang mampu bertahan berpuluh-puluh tahun dalam kondisi tersebut, tambah lagi, berpuluh-puluh kali peperangan yang dilalui, pastilah memiliki daya tahan tubuh yang cukup kental.

Mengapa Rasulullah SAW Jarang Sakit?

Persoalan ini menarik untuk diutarakan. Secara lahiriah, Rasulullah SAW jarang sakit kerana Baginda SAW mampu mencegah hal-hal yang berpotensi mendatangkan penyakit. Dengan kata lain, Baginda SAW sangat menekankan aspek pencegahan daripada perubatan. Jika kita telaah Al-Qur’an dan As-Sunnah, maka kita akan menemui sekian banyak petunjuk yang mengarah kepada pencegahan. Hal ini adalah indikasi betapa Rasulullah SAW sangat peduli terhadap kesihatan. Dalam Shahih Bukhari sahaja, tidak kurang daripada 80 hadis yang membicarakan hal ini. Belum lagi yang tersebar meluas dalam kitab Shahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Tirmidzi, Baihaqi, Ahmad dan sebagainya.
Ada lima cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan.

Pertama, bersikap selektif terhadap makanan. Tidak ada makanan yang masuk ke mulut Baginda SAW, kecuali makanan tersebut memenuhi syarat halal dan thayyib (baik). Halal berkaitan dengan urusan akhirat, iaitu halal cara mendapatkannya dan halal barangnya. Sedangkan thayyib berkaitan dengan urusan duniawi, seperti baik tidaknya atau bergizi tidaknya makanan yang dimakan tersebut. Salah satu makanan kegemaran Rasul SAW adalah madu. Baginda SAW biasa meminum madu yang dicampur air untuk membersihan air liur dan system pencernaan. Rasulullah SAW bersabda, “Hendaknya kalian menggunakan dua jenis ubat, iaitu madu dan Al-Qur’an” (HR. Ibnu Majah dan Hakim).
 
Kedua, tidak makan sebelum lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Caranya, kapasiti perut dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu sepertiga untuk makanan (zat padat), sepertiga untuk minuman (zat cair), dan sepertiga lagi untuk udara (gas). Disabdakan, “Anak Adam tidak memenuhkan suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi mereka beberapa suap yang dapat memfungsikan tubuhnya. Kalau tidak ditemukan jalan lain, maka (ia dapat mengisi perutnya) dengan sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiganya lagi untuk pernafasan.” (HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Ketiga, makan dengan tenang, bertuma’ninah (bukan solat saja ada tuma’ninah tau), tidak tergesa-gesa dan dengan tempo sederhana. Apa hikmahnya? Cara makan seperti ini akan menghindarkan diri daripada tersedak, tergigit dan kerja organ pencernaan pun menjadi lebih ringan. Makanan dapat dikunyah dengan lebih baik, sehingga kerja organ pencernaan berjalan dengan sempurna. Makanan yang tidak dikunyah dengan baik akan sukar dicerna.

Keempat, tidur awal dan bangun awal. Baginda SAW tidur di awal malam dan bangun pada pertengahan malam kedua. Biasanya, Rasulullah SAW bangun dan bersiwak, lalu berwudhu’ dan solat sampai waktu yang diizinkan Allah SWT. Baginda SAW tidak pernah tidur melebihi yang sepatutnya, namun tidak pula menahan diri untuk tidur sekadar yang diperlukan. Penelitian Daniel F Kripke, ahli psikiatri dari Universiti California menarik untuk diungkapkan. Penelitian yang dilakukan di Jepun dan Amerika Syarikat selama 6 tahun dengan responden berusia 30-120 tahun mengatakan bahwa orang yang tidur 8 jam sehari memiliki risiko kematian yang lebih cepat, berlawanan dengan mereka yang biasa tidur 6-7 jam sehari. Selain itu, cara tidur Baginda SAW pun sarat makna. Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah dalam buku Kaedah Perubatan Nabi SAW mengungkapkan bahawa Rasulullah SAW tidur dengan mengiringkan tubuh ke arah kanan, sambil berzikir kepada Allah SWT hingga matanya terasa berat. Terkadang Baginda SAW mengiringkan badannya ke sebelah kiri sebentar, untuk kemudian kembali ke sebelah kanan. Tidur seperti ini merupakan tidur paling efisien.

Rasulullah SAW juga menganjurkan kita untuk tidur dengan mengiring ke arah kanan. Berdasarkan tinjauan anatomi dan fisiologi, manfaat tidur sebegini mampu merehatkan otak kiri kerana otak kiri menyarafi bahagian tubuh sebelah kanan yang lebih banyak bekerja di siang hari. Selain itu ia juga membantu mengurangi beban jantung, merehatkan lambung dan merehatkan pengosongan pundi hempedu dan pankreas.

Kelima, istiqamah melakukan puasa sunat, di luar bulan Ramadhan. Antara puasa-puasa sunat yang dianjurkan Baginda SAW seperti puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat Nabi Daud, puasa sunat enam hari di bulan Syawal dan sebagainya. Puasa adalah perisai terhadap pelbagai penyakit jasmani mahupun rohani. Pengaruhnya dalam menjaga kesihatan, melebur berbagai-bagai sisa makanan dan menahan diri daripada makanan berbahaya sangatlah luar biasa. Puasa sangat berkesan untuk proses detoksifikasi (pembersihan toksin) kerana sifatnya yang total dan menyeluruh.

Selain daripada lima cara hidup yang sihat ini, banyak lagi kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk kita teladani. Dalam buku Jejak Sejarah Kedoktoran Islam, Dr. Ja’far Khadem Yamani menukilkan lebih daripada 25 pola hidup Rasulullah SAW berkaitan kesihatan, sebahagian besarnya bersifat pencegahan. Antaranya adalah cara bersuci, cara ‘memanjakan’ mata, keutamaan berkhatan, keutamaan senyum dan lain-lain lagi.

Apa yang lebih penting daripada ikhtiar lahiriah, Rasulullah SAW sangat mantap dalam ibadah ritualnya, khususnya solat. Baginda SAW juga memiliki keterampilan sempurna dalam mengawal emosi, fikiran dan hati. Penelitian-penelitian terkini dalam bidang kesihatan membuktikan bahwa kemampuan dalam mengawal hati, fikiran dan perasaan, serta hubungan yang mantap dengan Zat Yang Maha Tinggi akan menentukan kualiti kesihatan seseorang, jasmani dan rohani.
Semoga bermanfaat.

Sabtu, 20 April 2013

Teknik Tingkatkan Trafik Blog dengan Cepat

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

Penulisan kali ini adalah berkenaan satu teknik yang boleh membantu blogger-blogger terutamanya yang baru seperti admin juga iaitu untuk meningkatkan PageRank dan speed "traffic blog" secara cepat. diharap dapat membantu saudara-saudari sekalian.

Teknik meningkatkan PageRank dan speed "traffic blog", hanya diperuntukkan bagi anda yang menginginkan pageRank tinggi dan traffik blog yang sangat banyak secara cepat. Teknik meningkatkan page rank dengan cepat atau traffic blog speed adalah dengan cara penyebaran link menggunakan sistem Multi Level Marketing? heheh,,, kedengaran cam pelikkan tapi saya ase bagus ape.he..x percaya? Buktikan dengan Tips ini.." Teknik Meningkatkan Traffik " atau bahasa lainnya Teknik SEO
kali ini admin nak ajak anda semua untuk memanfaatkan kedahsyatan blogwalking berantai ni..he dan kecepatan penyebaran ini dalam bentuk Backlink unik and direct visitor. Teknik Meningkatkan PageRank dan Traffic Blog dengan cepat ternyata cukup mudah. Yang perlu anda lakukan adalah meletakkan link-link berikut ini di blog atau artikel atau silalah copy Paste artikel ini. ( semuanya ) ke Blog Anda dan jgn lupe klik and lawat blog kawan2  kat bawah ni sekali ea… semoga semuanya bermanfaat.

  1. onlywa
  2. geografi in malaysia
  3. Meraung tak tentu pasal
  4. Buat duit internet myr10
  5. Pemasaran automatik
  6. macam-macam ada wok!!!
  7. Don’t try to be awesome
  8. Rahsia lelaki
  9. All is well
  10. Panduan memikat lelaki
  11. Reality kehidupan
  12. Blog inspire bunny
  13. Lekat lekit story
  14. Al-quran digital murah
  15. ESP Shaklee energy
  16. Rahsia hati
  17. Persona cinta
  18. Teknik berenang
  19. Jom langsing
  20. Rahsia rezeki
  21. Diri share
  22. Erna ziana lemsara
  23. Aku & realiti
Langkah pertama-tama anda meletakkan link blog anda beserta anchor text seperti susunan diatas,( jangan sampai link blog hilang itu yg terpenting ) kemudian anda delete bloger ke 23 dari kumpulan ni, sehingga semua peserta naik 1 level.Yang semula berada di no. 1 jadi no. 2, no. 2 jadi 3, dst. contoh onlywa  no. 2 dan no 1 menjadi blog anda. masukkan link blog anda di posisi no. satu (1) atau paling atas sendiri.Jika tiap peserta mampu mengajak 5 orang saja, maka jumlah backlink yang akan didapat adalah Ketika posisi blog anda 1, jumlah backlink = 1
Posisi 2, jmlh visitor= 5
Posisi 3, jmlh visitor= 25
Posisi 4, jmlh visitor= 125
Posisi 5, jmlh visitor= 625
Posisi 6, jmlh visitor= 3,125
Posisi 7, jmlh visitor= 15,625
Posisi 8, jmlh visitor= 78,125
Posisi 9, jmlh visitor= 390,625
Posisi 10, jmlh visitor= 1,953,125
dst.

Jika anda memasang sampai posisi 10 saja, dan semuanya menggunakan kata kunci (anchor text) yang anda inginkan. Dari sisi SEO, anda sudah mendapatkan 1,953,125 backlink dan efeknya sangat luar biasa, jika pengunjung web para downline anda mengklik link itu, automatik blog anda akan mendapat tambahan traffic. So kite klik jer la ea..he sama-sama bantu tingkatkan trafik blog...

Nah, silalah copy paste artikel Cara Cepat Meningkatkan Page Rank Dan Traffic Blog, dan hilangkan peserta no.23 lalu tambahkan link blog/website anda di posisi 1. Ingat, anda harus mulai dari posisi 1 agar hasilnya maksimum.

Kesan Penyalahgunaan Steroid Anabolik Terhadap Sistem Tubuh Badan

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua


Gambar hiasan

Laporan yang berterusan terhadap penyalahgunaan steroid anabolik yang digunakan oleh ramai atlet  profesional yang dipandang sebagai ‘role model’ memberikan gambaran yang tidak baik untuk komuniti kita. ‘Lebih besar lebih cantik’ menyebabkan ramai yang ingin mencuba steroid anabolik untuk mendapatkan kesan yang diinginkan untuk membina otot.

Penyalahgunaan steroid anabolik berbeza daripada penyalahgunaan dadah terlarang lain. Ini adalah kerana penggunaannya bukan didorong oleh perasaan euforia yang dirasai sejurus selepas menggunakan heroin, kokain atau marijuana, tetapi didorong atas rasa ingin meningkatkan prestasi dan penampilan diri.
Penggunaan steroid anabolik yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dan kekuatan menyebabkan pesalahguna steroid anabolik mengabaikan kesan bahaya disebabkan oleh bahan ini. Penyalahgunaan steroid anabolik boleh menyebabkan kesan serius yang berpanjangan, dan dalam kes-kes tertentu, kesannya adalah kekal.

Steroid anabolik boleh membawa kepada serangan jantung awal, strok, tumor hati, kegagalan fungsi buah pinggang dan masalah psikiatri yang serius. Selain itu, oleh kerana steroid anabolik ini sering digunakan melalui suntikan, pengguna yang berkongsi jarum suntikan adalah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan virus seperti HIV/AIDS, hepatitis B dan hepatitis C.

APAKAH STEROID ANABOLIK?

Steroid anabolik adalah sejenis bahan sintetik dimana struktur dan fungsinya hampir sama dengan hormon seks lelaki seperti testosterone. Ia menggalakkan pertumbuhan otot (anabolic effect) dan peningkatan ciri-ciri seksual lelaki (androgenic effect) untuk lelaki mahupun wanita.
Steroid anabolik dihasilkan pada akhir 1930-an. Pada asalnya, ia bertujuan untuk merawat hypogonadism, iaitu sejenis penyakit di mana testis tidak dapat menghasilkan hormon testosteron yang mencukupi untuk pertumbuhan dan fungsi seksual normal lelaki. Bahan ini juga digunakan di dalam perubatan khasnya untuk merawat kelewatan akhil baligh, masalah kelamin untuk kaum lelaki dan penyusutan otot disebabkan oleh jangkitan HIV dan penyakit-penyakit lain.
Pada tahun yang sama, para saintis mendapati bahawa steroid anabolik juga memberi kesan lain iaitu peningkatan pertumbuhan otot terhadap haiwan ujian di makmal, di mana bermulanya penyalahgunaan steroid anabolik ini oleh atlit bina badan dan seterusnya oleh atlit-atlit dalam bidang sukan lain.

KESAN PENYALAHGUNAAN STEROID TERHADAP KESIHATAN

Penyalahgunaan steroid dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan daripada fizikal kurang menarik seperti masalah jerawat hinggalah kepada masalah lain yang dapat membawa maut seperti serangan jantung dan kanser hati. Kebanyakan kesan ini adalah sementara jika pengambilannya dihentikan, tetapi sesetengahnya adalah kekal seperti suara menjadi garau, khasnya untuk wanita.
Kesan-kesan penyalahgunaan steroid anabolik dapat diklasifikasikan seperti:

1. Sistem hormon
Penyalahgunaan steroid akan mengganggu pertumbuhan normal hormon badan menyebabkan kesan sementara atau kekal. Perubahan sementara adalah seperti pengurangan penghasilan sperma dan pengecutan testis (testicular atrophy) manakala perubahan kekal termasuklah botak dan pertumbuhan payudara bagi lelaki (gynecomastia). Satu kajian menunjukkan lebih dari separuh daripada ahli bina badan mengalami masalah ini.
Dalam konteks wanita, steroid anabolik meningkatkan ciri-ciri maskulin seperti pengecilan payudara dan penurunan jumlah lemak dalam badan, kulit menjadi kasar, pembesaran klitoris dan suara yang garau. Wanita yang mengamalkan pengambilan steroid anabolik secara berlebihan ini juga akan mengalami pertumbuhan bulu badan secara tidak terkawal dan berlebihan tetapi dalam masa yang sama, mereka juga mengalami keguguran rambut. Walaupun sesetengah kesan adalah sementara, penggunaan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan kesannya kekal.
Ketidaksuburan juga dikaitkan dengan penggunaan steroid anabolik kepada kaum lelaki dan wanita.

2. Sistem muskuloskeletal
Secara normalnya, peningkatan jumlah hormon testosteron dan seks hormon yang lain akan mencetuskan pertumbuhan tulang yang maksimum semasa akhil baligh dan remaja, diikuti dengan isyarat supaya pembesaran berhenti. Jika steroid anabolik ini disalahgunakan oleh kanak-kanak atau remaja yang sedang membesar, peningkatan seks hormon (walaupun ia adalah artificial) secara mendadak akan memberi isyarat kepada otak supaya pembesaran dihentikan. Ini bermakna, pertumbuhan tulang seseorang remaja itu menjadi terbantut sebelum tiba masanya.

3. Sistem kardiovaskular
Penyalahgunaan steroid seringkali dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok, walaupun sesetengahnya berusia kurang dari 30 tahun. Steroid berperanan dalam mengubah tahap lipoprotein yang membawa kolesterol dalam darah. Ia meningkatkan LDL (kolesterol jahat) dan mengurangkan HDL (kolesterol baik). LDL yang tinggi dan HDL yang rendah meningkatkan risiko untuk seseorang mendapat arterosklerosis, satu keadaan di mana lemak terkumpul di dalam salur darah dan mengganggu perjalanan darah. Jika perjalanan darah ke jantung terhalang, ia akan menyebabkan serangan jantung, dan, jika perjalanan darah ke otak terhalang, serangan otak iaitu strok akan terjadi. Hal ini juga boleh menyebabkan penyakit darah tinggi kepada pengguna.
Selain itu, steroid juga meningkatkan risiko pembekuan darah di dalam salur darah. Pembekuan darah akan menyebabkan perjalanan darah terganggu dan merosakkan otot jantung. Akibatnya, jantung tidak dapat mengepam darah secara berkesan.

4. Hati
Penyalahgunaan steroid dikaitkan dengan tumor hati dan dalam isu terpencil, peliosis hepatitis, di mana cyst yang dipenuhi darah terbentuk di dalam hati. Kedua-dua tumor dan cyst ini apabila pecah, akan menyebabkan pendarahan dalaman.

5. Kulit
Penggunaan steroid yang berlebihan menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti jerawat, cyst, dan kulit dan rambut berminyak.

6. Jangkitan
Pesalahguna steroid kebiasaannya menggunakan teknik suntikan yang tidak steril atau bertukar-tukar jarum suntikan yang telah dicemari bakteria dan virus. Selain itu, sesetengah steroid untuk pasaran haram adalah disediakan dalam keadaan tidak steril. Faktor inilah yang meletakkan pesalahguna steroid berada dalam risiko tinggi untuk menghidap jangkitan virus seperti HIV, hepatitis B dan hepatitis C. Pesalahguna juga mudah untuk mendapat endokarditis, iaitu jangkitan bakteria pada jantung yang boleh membawa maut. Jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan kesakitan dan nanah di kawasan suntikan.