Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua
sekarang
sana sini sibuk bercerita tentang Kamera AES. Secara peribadi
penulis memang sokong dengan Projek Kamera AES cuma perlu dibuat penambahbaikkan
mana-mana yang lemah. Sebab utama penulismenyokong Projek Kamera AES kerana
ramai sangat samseng jalanraya yang suka-suka bawa kenderaan macam jalan mak
bapak diaorang. Nyawa pengguna jalanraya lain lebih bernilai daripada nyawa
samseng jalanraya ini.
Jom
periksa kawasan Lokasi Kamera AES @ JPJ.
Kemudahan
internet memudahkan pemandu di Malaysia untuk semak saman trafik secara
online atau SMS. Yang lebih menarik pemandu akan dimaklumkan setiap kali
mendapat saman trafik melalui SMS dan email jika berdaftar dengan MyEG.
Dengan semua kemudahan semakan saman online menyebabkan pemandu Malaysia
semakin berani kerana tak perlu berjumpa Polis atau JPJ untuk
menyemak saman trafik. Patutlah jumlah kemalangan kian meningkat.
Semak
Saman Trafik Polis online
Semak
saman trafik JPJ melalui Online
:
Hanya
perlu memasukan no kad pengenalan atau masukan no kad pengenalan dan no plat
kereta @ JPJ Online
- Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
- contoh : POLIS SAMAN 701010011010 hantar kepada 32728
atau
untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :
- POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728
- contoh : POLIS SAMAN BHN786 hantar kepada 32728
Kalau
mahu detail saman dihantar ke alamak email, taip
- POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
- Contoh : POLIS SAMAN ABC 123 example@yahoo.com dan hantar ke 32728
Kepada
yang dah tersenarai ada saman trafik boleh buat pembayaran saman secara
online di MyEG tapi mesti daftar jadi ahli.
Selain
semak saman trafik secara online dan SMS pemandu juga boleh memperbaharui cukai
jalan kenderaan secara online dan membeli insuran secara online. Kalau nak tahu
boleh lansung ke “Renew Road Tax secara Online“.
Untuk melihat gambar sikap buruk pemandu Malaysia boleh terus ke “Gambar Sikap Buruk Pemandu Malaysia“. Untuk melihat kereta-kerta terbaru boleh terjah “Autoworld“.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan