Sabtu, 25 Mei 2013

Teknik SEO : Penggunaan Keyword

Teknik SEO : Penggunaan Keyword: SEO?....Rata2 blogger cukup kenal perkataan ni......Sepertimana yang telah saya terangkan dalam entri saya yang terdahulu Apa itu SEO.....SEO memainkan peranan penting sekiranya kita betul2 serius dalam blogging.

Dengan aplikasikan teknik-teknik SEO, blog kita akan sentiasa dikunjungi sebab sentiasa berada di kedudukan enjin carian. Kebiasaannya, visitor lebih suka tengok blog@web yang berada di page 1 dan cuba bayangkan jika setiap carian di enjin carian, blog kita berada di page pertama, so kebarangkalian peningkatan trafik adalah tinggi.

Kali ni saya nak share sikit apa yang saya tahu tentang teknik SEO dengan penggunaan Keyword atau kata kunci.

Penggunaan keyword adalah penting pada tajuk artikel yang kita tulis. Pastikan tajuk artikel berkaitan dengan isi artikel yang kita tulis tu. Janganlah korang tulis pasal tajuk artis, isi pasal isu semasa pulak....rasanya tak ada lah kot yang buat macam tu kan...huhuhu.....

Dalam menentukan keyword ni, cuba korang fikirkan perkataan yang sering dicari dalam enjin carian di internet. Kalau nak tau contoh-contoh keyword yang telah menaikkan trafik dalam blog LEPAK ni boleh baca entri saya Trafik naik dengan tajuk entri yang hot!

Entri terbaru saya yang berjaya menaikkan trafik saya adalah Terkini : Gambar, Video dan berita terkini Perhimpunan Bersih 2.0. Ini adalah salah satu contoh penggunaan keyword berdasarkan isu semasa.





Trafik LEPAK dengan menggunakan keyword berdasarkan isu semasa Terkini perhimpunan BERSIH


Keyword yang dicari di enjin carian
Dalam entri korang juga kalau boleh letaklah keyword tersebut berulang kali di dalam entri korang dan boleh juga BOLD dan Italic kan bagi memastikan teknik SEO dengan penggunaaan keyword ni lebih efektif.

Setakat ini saja penerangan saya kali ni....saya hanya menerangkan berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya dalam menggunakan keyword dalam penulisan blog saya...sekiranya korang ada teknik-teknik lain boleh lah kongsi dengan saya di ruangan komen ni.....terima kasih kepada blog-blog yang banyak menerangkan pasal SEO ni contohnya Jamaluddin.net, FirdausKasim, 2dayblogger yang sentiasa menjadi rujukan saya.


Di entri akan datang saya akan share teknik SEO yang lain pula.



"HAPPY BLOGGING"




Sumber:

LEPAK the place u should be

Tiada ulasan: