Ahad, 26 Mei 2013

Penapis

Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua

70% kandungan badan manusia mengandungi cecair. Termasuklah air. Air adalah salah satu sumber yang penting atau elemen yang penting dalam badan manusia.  setiap hari kita pasti akan minum air.  Manusia dikatakan hanya akan dapat bertahan selama beberapa hari sahaja tanpa air. Kita juga disarankan supaya minum sekurang-kurangnya purata 8 gelas air setiap hari. Pentingnya air kan untuk kita. Tambah-tambah pula sekarang nie cuaca kat Malaysia nie makin panas kan.. panas! panas! panas!! haha. Admin pun amalkan minum air dengan konsisten. Maksudnya selepas bangun pagi minum air masak, selepas berfutsal minum air.

Namun, sumber air yang bersih semakin diragui oleh kita kan sebagai pengguna air. Admin mendapati banyak rumah yang menggunakan penapis air. Tak kiralah apa jenis penapis air tu, yang penting dapat penggunaan penapis air nie semakin berleluasa..he3..



Apa yang admin mahu kongsikan dan korang semua fikir disini ialah bolehkah kita sebagai pengguna penapis air nie mempercayai akan keberkesanan penapis tu??
-Bolehkah ia menjadi kesihatan kita terjaga??
-Adakah perbelanjaan menggunakan penapis air tu sia-sia je ( ada penapis harga ribu2 woo!! hu3..) ??

Semua persoalan disini sentiasa bermain difikiran admin.  Tak tahu lah korang ada fikir tak sal nie. Harap-harap adalah. :)

Bagi admin semua sebab-sebab atau faktor nie sepatutnya diambil kira oleh kita sebagai pengguna penapis air. Kepada peniaga atau orang yang bisnes dalam penjualan penapis air nie jangan pula korang kata admin nak memporakperandakan perniagaan korang, cuma disini admin nak bagi masyarakat kita supaya berfikir, berfikir dan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara je. Kalau barang korang bagus tak kan lah pembeli tak berminat kan.

Maybe ada yang terfikir kenapa admin pilih sal penapis air lak and suh korang fikir-fikir lak. Bukan pe, admin terbaca satu artikel sal penapis air nie, ada la dia cite sal kebaikan dan keburukan penapis air. Admin tak nak bagutau dalam rungan post nie, cuma nak korang "memikirkannya" je. Tu la lepas baca je terkeluar satu idea pasal nie and then admin pun buatlah post nie kan. :) Apa yang penting  Fikir-fikirkanlah yang terbaik.. :). Segala yang baik dari Allah swt dan segala yang buruk dari diri admiin sendiri.

NOTE: LEBIH BAIK ADA PENAPIS AIR KAN DARI TAKDE TERUS. SO MAKLUMAT-MAKLUMAT SEKARANG NIE PANDAI-PANDAI LA JUGAK TAPIS ERK.. :)




Tiada ulasan: