Assalamualaiikum dan selamat sejahtera kepada semua
Entri hari ini adalah mengenai
serba sedikit tentang NUFFNANG nak berkongsi dengan mereka yang tak tahu pasal NUFFNANG. Yang dah tahu tuh
korang sudi-sudikan tambah kat komen .
Kenapa PERLUNYA dibuat entri ini?
Sebab ramai yang tak tahu lagi. Ramai yang tak kenal NUFFNANG dan ramai yang tak pasti sama ada blogging ini boleh
menjanakan pendapatan atau tidak.
Untuk pertanyaan apa itu NUFFNANG. NUFFNANG adalah sebuah Syarikat
Pengiklanan berasaskan blog dan pada masa yang sama ia juga merupakan sebuah
Komuniti untuk blogger oleh blogger.Disamping membuat iklan melalui blog NUFFNANG juga menganjur dan
menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel
kerja, parti dan lain-lain lagi.
Pengiklan NUFFNANG
terdiri dari nama-nama besar dalam pasaran seperti Nokia, DiGi, Maxis, Sony,
Nike, Nestle dan banyak lagi Syarikat-syarikat yang Gah di Malaysia. Disinilah
bermula segalanya bagi seorang blogger bila para pengiklan akan mengiklankan
barangan mereka melalui NUFFNANG dan
medium Blogger akan digunakan.
Tak semestinya seseorang blogger itu mendapat imbuhan yang
kencang kerana kalau inginkan pendapatan yang lumayan terdapat beberapa
kriteria yang perlu dilihat dan itu sudah semestinya usaha seorang blogger itu
sendiri agar blog mereka menepati citarasa pelanggan. NUFFNANG hanya akan memberi tugasan
berdasarkan makluman dari pengiklan (peringatan yea!!)
Kalau korang nak tahu bagaimana pendapatan dijana melalui NUFFNANG adalah lebih baik korang
daftar dulu untuk memudahkan korang faham dan dengan cara ni korang akan dapat
faham dengan lebih mudah. Kalau tak faham korang jangan risau,ramai
blogger-blogger yang sedia membantu dan juga korang boleh bertanya dengan Staff NUFFNANG yang peramah.
Mulakan langkah sebagai seorang blogger yang berdedikasi dan
memiliki identiti sendiri. Sebagai pesanan janganlah korang berblogging
hanya kerana wang ringgit semata-mata. Pelajari dulu berblogging secara
berhemah dan korang akan faham apa erti blogging sebenarnya. Satu lagi tak
semestinya ganjaran akan korang perolehi dalam masa terdekat tanpa usaha.
Berusahala selagi mempunyai peluang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan